SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi pelajar.
SBP diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi pelajar.

Senarai SBP rebutan pelajar

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
01 Mar 2024 12:14pm
A
A
A

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan keputusan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2024/2025 boleh disemak pada 1 Mac hingga 18 Mac 2024.

Sekolah Khusus yang terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) ditawarkan kepada pelajar-pelajar yang memohon kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Pautan semakan boleh dilayari menerusi https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1 bagi Tingkatan Satu dan https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4 (Tingkatan Empat)

Sebagai makluman, Sekolah Khusus kategori SBP, diwujudkan bagi menyediakan suasana persekolahan yang terancang, terkawal dan kondusif bagi mengembangkan potensi pelajar yang cemerlang ke arah melahirkan modal insan berkualiti.

SBP memainkan peranan penting mengembangkan tunas bakat terbaik negara dan mendemokrasikan pendidikan berkualiti kepada segenap lapisan masyarakat.

Selain itu, SBP turut menjana bakat yang sepadan dengan cabaran global.

Di Malaysia, terdapat puluhan SBP yang sentiasa menjadi pilihan anak-anak generasi muda.

Sinar Bestari senaraikan sebahagian daripadanya yang pasti sedang menanti kedatangan pelajar baharu Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke sekolah mereka tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

SELANGOR

Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang (KISAS)

Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya (SSP)

SBP Integrasi (SBPI) Rawang (SEPINTAR)

SBPI Sabak Bernam (INTESABER)

SBPI Gombak (INTEGOMB)

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAPK)

Sekolah Menengah Sains (SMS) Banting (BASIS)

SMS Hulu Selangor (SEMASHUR)

SMS Kuala Selangor (KUSESS)

PERLIS

SMS Tuanku Syed Putra, Kangar (SYED PUTRA)

KEDAH

SMS Abdul Halim, Jitra (SMSAH)

SBPI Kubang Pasu (I-KUPS)

SMS Kubang Pasu (KUPSIS)

SMS Pokok Sena (SAINA)

SMS Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani (SMADJ)

SMS Pendang (PENDETA)

PULAU PINANG

SMS Kepala Batas (SAKBA)

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin, Bukit Mertajam (TUN SYED)

PERAK

Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)

Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh (STAR)

SBPI Gopeng (I-GOP)

SMS Bagan Datoh (SABDA)

SMS Raja Tun Azlan Shah, Taiping (SERATAS)

SMS Tapah (SESTA)

SMS Teluk Intan (SEMESTI)

WILAYAH PERSEKUTUAN

SMS Seri Puteri, Sentul (SESERI)

SMS Alam Shah, Cheras (ASIS)

SMS Selangor, Cheras (SMSS)

Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)

NEGERI SEMBILAN

Kolej Tunku Kurshiah, Seremban (TKC)

Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban (SDAR)

SBPI Jempol (INTEJ)

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (SMAPL)

SMS Tuanku Aishah Rohani (SGS)

SMS Rembau (SEMESRA)

SMS Tuanku Munawir, Seremban (SASER)

MELAKA

SBPI Selandar (SISME)

SMS Muzaffar Shah, Ayer Keroh (MOZAC)

JOHOR

Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru (STF)

SMS Batu Pahat (SEHEBAT)

SMS Johor, Kluang (SMSJ)

SMS Kota Tinggi (SAKTI)

SMS Muar (SAMURA)

SMS Sembrong (SASEM)

SMS Sultan Iskandar, Mersing (ISKANDAR)

PAHANG

Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH PEKAN)

SBPI Kuantan (INTEK)

SBPI Temerloh (INSOFT)

SBPI Tun Abdul Razak, Pekan (INSTAR)

Sekolah Menengah Agama Persekutuan Bentong (SUPERB)

SMS Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan (SEMSAS)

SMS Tengku Abdullah Raub (SEMESTA)

TERENGGANU

SBPI Batu Rakit (BRAINS)

SMS Dungun (SEMESDU)

SMS Hulu Terengganu (SAHUT)

SMS Kuala Terengganu (SESTER)

SMS Setiu (SAIS)

SMS Sultan Mahmud, Kuala Terengganu (SESMA)

KELANTAN

SMS Gua Musang (GUAMSS)

SMS Jeli (JESS)

SMS Machang (SMACH)

SMS Pasir Puteh (SCIPP)

SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Pengkalan Chepa (SMSTMFP)

SARAWAK

SMS Kuching (SAINSKU)

SMS Kuching Utara (SAKURA)

SMS Miri (SAINSRI)

SMS Labuan (SMEXCEL)

SABAH

SMS Lahad Datu (SEMSALD)

SMS Sabah, Kota Kinabalu (SMESH)

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok