No Image Caption

Sesi persekolahan tahun depan bermula 10 Mac

AZLEENDA SAHALUDIN
09 Nov 2023 11:28am
A
A
A

Sesi persekolahan bagi Kalendar Akademik Sesi 2024/2025 akan bermula pada 10 Mac 2024 hingga 15 Februari 2025 bagi sekolah di negeri Kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sesi persekolahan bagi negeri Kumpulan B pula bermula pada 11 Mac 2024 hingga 16 Februari 2025 melibatkan negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menerusi surat siaran turut menyatakan tentang penyelarasan tarikh-tarikh cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2024/2025.

Antara perayaan tersebut adalah Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Hari Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Hari Krismas.

“Semua sekolah hendaklah mematuhi peruntukan cuti tambahan yang ditetapkan oleh KPM sempena perayaan utama bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Deepavali.

“Peruntukan cuti tambahan berkenaan adalah tidak perlu diganti,” katanya menerusi surat siaran KPM.

Sementara itu, KPM juga mengambil maklum akan cadangan daripada beberapa pihak untuk mengembalikan permulaan sesi persekolahan kepada Januari.

Untuk itu, dengan permulaan sesi 2024/2025 kepada Februari tahun depan akan mewujudkan kembali sesi persekolahan pada Januari menjelang tahun 2026.

Artikel Berkaitan:

Kalendar Akademik Sesi 2023/2024 boleh di muat turun melalui laman sesawang KPM di pautan https://www.moe.gov.my/takwim.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok