KARANGKRAF-BUKU-SINARNESTARI-2023 (1)
KARANGKRAF-BUKU-SINARNESTARI-2023 (1)

Sumbangan buku Kumpulan Karangkraf pertingkat akses maklumat PSS SMK Bandar Saujana Putra

nadzarul.amir
13 Jan 2023 06:55pm
A
A
A

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat, dipilih menjadi salah satu sekolah baharu di Selangor yang menerima sumbangan buku daripada Kumpulan Karangkraf melalui usahasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor.

SMK Bandar Saujana Putra mula beroperasi pada 21 Mac 2022 dan menempatkan 1,046 orang murid daripada Tingkatan Satu hingga Empat.

Sekolah berkenaan mempunyai 53 guru dengan dilengkapi 30 bilik darjah, sembilan buah makmal sains, tujuh buah bilik khas dan sembilan buah bengkel.

Pengetua SMK Bandar Saujana Putra, Azman Sharif berkata, pihaknya sentiasa memastikan Pusat Sumber Sekolah (PSS) dapat berfungsi sebagai pusat akses maklumat utama untuk warga sekolah.

Aktiviti memanah menjadi perhatian pada Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Kumpulan Karangkraf di PSS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

"PSS merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital.

"Ia perlu diurus secara sistematik dan efisien bagi tujuan memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Kumpulan Karangkraf di sekolah berkenaan.

Majlis berkenaan dirasmikan Pengarah JPN Selangor, Rohayati Abd Hamed.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan JPN Selangor, Mohammad Nuri Hussin; Ketua Jabatan Pemasaran Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin; Pengurus Kanan Tugas-tugas Khas Kumpulan Karangkraf, Hashim Merana Anang; Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Azhar A. Kadir; Pengarang Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin dan Pengarang Sinar Bestari, Mariatul Qatiah Zakaria.

Para murid mengambil bahagian dalam aktiviti pada Majlis Penyerahan Sumbangan Buku Kumpulan Karangkraf di PSS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Saujana Putra, Jenjarom, Kuala Langat, Selangor.Foto SINAR HARIAN / MOHD HALIM ABDUL WAHID

Azman beritahu, SMK Bandar Saujana Putra berhasrat untuk berkolaboratif dengan Kumpulan Karangkraf dalam memajukan pemikiran anak bangsa sesuai dengan Anjakan Kesembilan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) iaitu sekolah perlu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

"Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada 'pembelajaran berasaskan sekolah' kepada 'pembelajaran berasaskan sistem' dengan melibatkan ibu bapa, komuniti, sektor swasta dan masyarakat sebagai rakan dalam membantu pembelajaran murid.

"Saya berharap Kumpulan Karangkraf tidak keberatan dapat melibatkan murid-murid sekolah dalam program atau aktiviti yang boleh memberi manfaat ke arah melahirkan generasi yang menepati ciri-ciri Karamah Insaniah (Kemuliaan Insan) seperti yang dihasratkan oleh Menteri Pendidikan, Fadlina Sidek," katanya.

Artikel berkaitan

Kumpulan Karangkraf, JPN Selangor jalin kerjasama melestari pendidikan

My #QuranTime 2.0 kini diperluas, usaha tarik minat golongan muda

Sinar Bestari lancar kempen #GenerasiMahirBerilmu


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok