No Image Caption

UPM sudah ada pusat satelit di China, terbaik!

NURBAYA ABDUL REZAKNURBAYA ABDUL REZAK
16 Oct 2024 12:04pm

Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Pingtan Institute of Xiamen University (XMUPT) baru-baru ini, melancarkan Pusat Satelit Super China (CSSC) UPM-XMUPT yang pertama di China.

Penubuhan pejabat satelit itu merupakan inisiatif UPM dalam memperkasa kerjasama akademik dan penyelidikan antara dua negara melalui perjanjian persefahaman yang telah terjalin sebelum ini.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UPM, Profesor Dr Ismi Arif Ismail berkata, kerjasama UPM dengan Pingtan Institute of Xiamen University merupakan inisiatif untuk memperkasa kerjasama akademik dan penyelidikan antara dua negara melalui penubuhan pejabat satelit.

"Inisiatif ini juga dapat memupuk pertukaran pengetahuan serta kepakaran selain membuka ruang kepada aktiviti mobiliti pelajar dan staf secara timbal balas bersama XUMPT, selain menjadi simbol ikatan dua negara bagi memudah cara aktiviti akademik secara pesisir, penyelidikan kolaboratif, pertukaran budaya, pemindahan teknologi, advokasi dasar dan program mobiliti pelajar,'' maklumnya baru-baru ini.

Pada Mei lalu, UPM turut membuka kampus satelitnya di Pusat Satelit Super UPM-Kyutech (JSSC) di Kampus Wakatmatsu Kyutech, Jepun yang menjadi simbol persahabatan dan kebersamaan Malaysia dan Jepun.

Ismi Arif berkata, pemilihan XUMPT bertepatan dengan hasrat UPM untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dalam bidang akademik dengan China dan juga negara serantau yang lain. - Bernama

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp