tengku-munazirah-asssb
tengku-munazirah-asssb

YM Tengku Munazirah berkenan hadiri ASSSB

Roshlawaty Md Raieh
04 Oct 2022 07:58pm
A
A
A

Tengku Munazirah Tengku Abdul Samad Shah berkenan menghadiri majlis Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari (ASSSB) yang akan berlangsung di Hotel Concorde Shah Alam, esok.

Beliau merupakan anakanda kepada Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah dan Tunku Abdiyah Tunku Datuk Seri Adnan.

Tengku Munazirah diijabkabulkan dengan pasangan, Izzat Ilyas Muhammad Nasir yang merupakan anak kepada Timbalan Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah.

Tengku Munazirah turut memegang jawatan sebagai Presiden The Hope Factory Malaysia iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar sejak tahun 2012.

Baru-baru ini, NGO tersebut telah menyumbang 230 naskhah al-Quran kepada Sekolah Rendah Agama Rakyat Nurussalam Taman Manjung Baru, Seri Manjung, Perak bagi kegunaan murid sekolah berkenaan.

Sumbangan itu adalah hasil derma orang ramai menerusi Program Wakaf al-Quran.

Pemberian kepada sekolah tersebut bukanlah yang pertama, tetapi beberapa sekolah tahfiz dan agensi turut menerima sumbangan tersebut.

Sementara itu, ASSSB merupakan anugerah yang diperkenalkan buat pertama kalinya pada tahun ini untuk memberi pengiktirafan kepada sekolah-sekolah yang menepati ciri-ciri S.M.A.R.T.

Lima ciri utama yang dicari iaitu S mewakili Skil, M – Mahir, A – Atribut, R – Relevan dan T – Teknologi. Kesemua ciri ini perlu ada dalam setiap sekolah untuk layak dipilih sebagai pemenang.

Terdapat lima kategori dipertandingkan iaitu Sekolah Rendah Bandar yang bakal membawa pulang hadiah RM10,000; Sekolah Rendah Luar Bandar (RM10,000), Sekolah Menengah Bandar (RM10,000), Sekolah Menengah Luar Bandar (RM10,000) dan Anugerah Khas Juri (RM5,000).

Majlis ini akan disiarkan secara langsung menerusi FB Sinar Bestari pada hari esok jam 11 pagi.

Artikel berkaitan 

Bank Rakyat penaja utama Anugerah Sekolah S.M.A.R.T Sinar Bestari

Milik siapakah trofi kristal ini? Nantikan pengumumannya 5 Oktober ini

Kecemerlangan Cikgu Sarina dalam pendidikan khas, kebanggaan buat SK Antara Gapi


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok