WhatsApp Image 2022-09-08 at 6.29.40 PM
WhatsApp Image 2022-09-08 at 6.29.40 PM

Fly High Centre bantu murid golongan B40 menerusi aplikasi ReLY, tuisyen online hanya RM99 sebulan

Rasyidah Zulkifi
12 Sep 2022 02:03pm
A
A
A

Fly High Centre membangunkan aplikasi ReLY untuk membantu murid sekolah rendah dalam kepelbagaian latar belakang pada kadar RM99 sebulan.

Empat mata pelajaran yang ditawarkan menerusi aplikasi itu ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, selain Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang turut menawarkan kadar harga yang sangat murah.

Tidak ketinggalan, slot Quran Hour setiap hari dengan hanya RM1 sehari juga disediakan kepada murid.

Menerusi aplikasi itu juga, sebanyak 16 kelas akan dilaksanakan setiap bulan dengan menggunakan khidmat kepakaran guru daripada Kementerian Pendidikan.

Pengarah Urusan Fly High Centre, Wan Rafidah Wan Ali berkata, pihaknya berharap aplikasi yang dilancarkan itu akan mencapai sasaran yang ditetapkan dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan.

ReLY mempunyai tiga komponen pakej yang boleh disesuaikan dengan bajet, masa dan pemilihan guru.

“Jadi, apabila kami mendigitalkan semua, maka kos untuk mengendalikan kelas menjadi lebih murah iaitu RM5 untuk satu kelas,” ujarnya pada Majlis Pelancaran Aplikasi ReLY di sini baru-baru ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Menurut Shaharuddin, penciptaan aplikasi ReLY mampu menyumbang kepada perkembangan landskap pendidikan negara.

“Tidak kira di mana juga kita berada dan di tahap mana pun status, malah ketika dalam kandungan ibu kita sudah terlibat dalam pendidikan. Usaha yang dilakukan ini memang amat baik terutamanya untuk mendidik anak-anak kita.

“Saya memang menggalakkan usaha sebegini dilaksanakan supaya anak-anak mendapat pendidikan yang terbaik untuk masa depan, menjalani kehidupan lebih sempurna dan tidak keciciran dalam pelajaran,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi ReLY Education, Shahrizal Syarifuddin Siregar berkata, pihaknya merakamkan penghargaan atas maklum balas positif yang diterima.

“Alhamdulillah, setakat ini saya lihat mereka begitu tertarik dengan aplikasi yang mengetengahkan tuisyen secara dalam talian ini.

“Saya berharap ReLY dapat menyampaikan ilmu berkualiti dan bermanfaat dengan harga mampu milik kepada seramai murid yang boleh.

“Itulah misi dan sasaran kami. Dengan ilmu, kita mampu mengubah dunia,” tambah beliau.

Artikel berkaitan 

Inovasi SaBBAr bantu murid kuasai membaca Bahasa Arab dengan mudah 

9 aplikasi permainan ragbi, jom kita baca 

Penyelidik UMS bangunkan aplikasi tempahan makanan kantin sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok