“Saya akan terus bersabar mendidik anak-anak murid” - Cikgu Shaiful
“Saya akan terus bersabar mendidik anak-anak murid” - Cikgu Shaiful

“Saya akan terus bersabar mendidik anak-anak murid” - Cikgu Shaiful

Roshlawaty Md Raieh
14 Jan 2023 08:55am
A
A
A

APABILA berhadapan dengan murid-murid istimewa, baik ibu bapa mahupun cikgu, mereka memerlukan kesabaran yang tinggi.

Walau kadang kala cukup lelah, namun guru-guru Pendidikan Khas tetap ikhlas mengajar demi melihat murid-muridnya berjaya dalam pelajaran.

Bagi Cikgu Shaiful Hanizar yang kini guru Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Sekolah Kebangsaan (SK) Danau Kota (2), Kuala Lumpur, dia akan tetap sabar mendidik murid-murid tanpa ada pilih kasih.

Beliau sentiasa bersemangat ketika mengajar dan sering mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran (PdP) semata-mata mahu menarik perhatian mereka untuk fokus belajar di dalam kelas.

Berkongsi dengan Sinar Bestari, Cikgu Shaiful berkata, murid-muridnya mempunyai pelbagai karenah dan perubahan tingkah laku yang berbeza-beza antara satu sama lain.

Cikgu Shaiful

“Sebagai guru, kami kena kuat dan perlu sentiasa bersedia mental dan fizikal supaya proses pembelajaran berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Menurut Cikgu Shaiful, anak-anak istimewa itu mempunyai bakat dan kemahiran yang luar biasa sekiranya dicungkil dengan bersungguh-sungguh.

“Sepanjang mengajar mereka, beberapa murid Pendidikan Khas telah berjaya dalam bidang sukan sehingga ada yang terpilih menyertai Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) dalam acara Merentas Desa Kebangsaan di Terengganu, baru-baru ini.

“Pencapaian anak-anak ini sudah tentu membanggakan saya sebagai seorang guru. Insya-ALLAH, saya akan terus mencari bakat-bakat terpendam mereka untuk menyertai apa sahaja program yang bersesuaian dengan murid-murid ini,” jelasnya lagi.

Akhir sekali, Sinar Bestari mendoakan agar usaha Cikgu Shaiful dalam mendidik anak-anak istimewa dipermudahkan dan dikurniakan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Artikel berkaitan 

Cipta banyak kejayaan sepanjang 9 tahun bergelar guru, Cikgu Rahim buat warga sekolah bangga!

Perjuangan Cikgu Mardiana dalam amalan kitar semula wajar dicontohi ramai

Guru Bahasa Inggeris KV Keningau terima Anugerah Ikon Belia Karismatik


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok