Sekolah bawa masuk Ultraman. Murid-murid teruja dan tak sabar nak tengok dekat-dekat!
Seramai 720 murid Kumpulan B Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Wan Kemara, Changlun, Kedah teruja apabila disambut oleh adiwira Ultraman setibanya mereka ke sekolah awal pagi Ahad lalu.
Lebih mengujakan apabila beberapa orang guru sekolah berkenaan turut mengenakan busana tradisonal seperti baju Melayu dan baju kurung untuk menyambut kedatangan murid-murid yang dirindui.
Turut kelihatan, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zainol Abidin Mohamad yang juga lengkap berpakaian Melayu dan tengkolok.
Guru Bimbingan dan Kaunseling, Cikgu Zulkifli Ismail berkata, apa yang mereka lakukan ini adalah sebagai satu inisiatif dalam memberikan semangat dan keterujaan kepada murid-murid.
“SK Dato’ Wan Kemara menjemput Ultraman ke sekolah kerana sistem pendidikan dari negara hero kanak-kanak itu wajar dicontohi oleh semua orang terutamanya anak-anak didik sekolah ini.
“Walaupun sistem pendidikan negara matahari terbit itu dilihat berjaya mempelopori dunia dalam bidang sains dan teknologi, namun adab dan nilai sangat dijulang tinggi untuk membina tamadun bangsa yang terbilang,” ujarnya.
Baca juga 15 orang guru terkejut! Tak sangka dinobatkan Hero PdPR Terbaik dan Hero PdPR Pilihan Khas Juri
Baca juga Tanda-tanda penurunan kesihatan mental, guru-guru mohon berjaga-jaga
Tambah beliau, murid-murid sekolah itu yang telah didedahkan dengan sistem pendidikan berteraskan adab dan nilai, telah berjaya melonjakkan nama sekolah sehingga ke peringkat antarabangsa di samping sikap mereka yang terpuji.
Ikuti juga kami di:
Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/
Twitter: https://twitter.com/GPSBestari
Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/
Sementara itu, Zainol Abidin melahirkan rasa bangga dan teruja apabila melihat inisiatif dan komitmen pihak sekolah dengan kerjasama PIBG, dalam berusaha melahirkan keterujaan untuk murid hadir ke sekolah pada hari pertama setelah sekian lama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Melihat keterujaan murid yang disambut dengan Ultraman dan guru-guru yang segak berbusana Melayu adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan,” jelasnya.