Planets2013.svg
Planets2013.svg

Jom hafal nama planet dan susunannya dengan peranti mnemonik

Adlan Farhan Azwan
17 Mar 2022 01:22pm
A
A
A

Apabila kanak-kanak boleh mengingati aktiviti-aktiviti atau perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka, ia akan membantu mereka belajar dengan lebih baik.

Pembelajaran tersebut akan diingati oleh mereka dan boleh digunakan dalam pengalaman baru yang mungkin dapat membantu mereka dalam kehidupan seharian.

Begitu juga apabila kanak-kanak ingin menghafal sesuatu informasi yang baharu. Sebagai contoh, menghafal nama-nama planet yang sedia ada.

Teknik yang paling kerap digunakan untuk mengingati senarai planet ialah peranti mnemonik. Peranti mnemonik boleh membantu kanak-kanak mengingati fakta dan prinsip penting.

Ia dilakukan dengan menggunakan huruf pertama setiap planet sebagai huruf pertama setiap perkataan dalam ayat. Menurut pakar, lebih lucu ayat tersebut, lebih mudah untuk kanak-kanak mengingatinya.

Jadi, dengan menggunakan huruf pertama planet, (Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun), ibu bapa boleh berikan panduan kepada anak-anak untuk mencipta ayat yang ringkas menggunakan huruf pertama yang ada pada setiap nama planet.

Perlu diingatkan supaya ayat yang tercipta perlulah mudah difahami oleh kanak-kanak supaya mereka senang mengingatinya.

Jom kita mula!

Berikut merupakan antara ayat-ayat lucu yang membolehkan kanak-kanak menghafal nama-nama planet dengan mudah:

1. Ultraman Ziarah Bumi Menentang Makhluk Zalim Untuk Nasi

2. Ustaz Zainal Balik Mekah Meminang Zaitun Untuk Nikah

3. Ustazah Zurah Bungkus Mi Masa Zohor Untuk Nabila

Selain itu, kanak-kanak juga boleh menghafal nama-nama planet dalam Bahasa Inggeris menggunakan kaedah yang sama (peranti mnemonik).

1. My Very Excellent Mother Just Served Us Noodles (or Nachos)

2. Mercury’s Volcanoes Erupt Mulberry Jam Sandwiches Until Noon

3. Very Elderly Men Just Snooze Under Newspapers

4. My Very Efficient Memory Just Summed Up Nine

Artikel berkaitan

Penggunaan jam tangan pintar dalam kalangan kanak-kanak, beri manfaat atau kemudaratan?

Jika mempelajari bahasa sangat mudah bagi kanak-kanak, mengapa ia semakin susah ketika dewasa?

Menarik idea cikgu ini, jadikan sampul duit raya sebagai bahan pembelajaran murid Pemulihan Khas


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok