4 teknik ‘pikat hati’ pelajar minat subjek Sains, guru-guru boleh cuba nanti!
4 teknik ‘pikat hati’ pelajar minat subjek Sains, guru-guru boleh cuba nanti!

4 teknik ‘pikat hati’ pelajar minat subjek Sains, guru-guru boleh cuba nanti!

Roshlawaty Md RaiehRoshlawaty Md Raieh
02 Oct 2021 05:36am

Mata pelajaran Sains merupakan antara satu subjek yang sering menjadi tumpuan.

Bagi pelajar yang meminati mata pelajaran ini, tempoh satu jam sesi pengajaran dan pemudahcaraan (PdPC) dilihat sangat tidak mencukupi.

Banyak perkara yang hendak dilakukan dan perlu dipelajari dalam tempoh tersebut.

Namun bagi pelajar yang tidak meminati subjek itu, satu jam tersebut merupakan satu tempoh penyeksaan yang sangat mengerikan.

Jadi, bagaimana mahu mewujudkan rasa minat subjek Sains dalam pembelajaran kita?

Berikut adalah beberapa cadangan teknik pengajaran yang dapat menarik minat pelajar.

1) Aktiviti Hands-On

Pelajar sukakan pembelajaran yang bergerak dan tidak membosankan. Teknik pengajaran tradisional yang biasanya hanya interaksi tutor kepada pelajar, ‘chalk and talk’ kelihatan semakin ketinggalan zaman. Guru perlu ubah sedikit proses pengajaran dengan memperbanyakkan aktiviti hands-on.

Aktiviti hands-on boleh dipelbagaikan dalam bentuk membina model, melakukan eksperimen, mewarna gambar rajah dan aktiviti lain. Tentu pembelajaran jadi tidak membosankan jika pelajar aktif belajar. Pembelajaran Sains akan jadi menyeronokkan.

2) Teknik penyoalan Minds-On

Teknik Penyoalan guru di Minds-on dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam menarik minat pelajar meminati mata pelajaran Sains. Guru atau tutor yang baik, akan mampu memberikan soalan yang mampu mencabar minda pelajar. Soalan yang baik pula akan mampu merangsang pelajar untuk berfikir dan mencari jawapan dengan pelbagai cara.

Aktiviti Minds-on juga akan berlaku apabila tutor mewujudkan soalan-soalan KBAT dalam sesi pembelajaran yang mengajak pelajar-pelajar memberi respon, pandangan dan pendapat dalam sesuatu tajuk.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Proses berfikir dan mencari jawapan ini akan membantu pelajar untuk jatuh cinta kepada subjek Sains. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta!

3) Penggunaan teknologi dalam pembelajaran

Boleh dikatakan hampir setiap pelajar pasti terdedah dengan teknologi maklumat dan gajet terkini.

Sesuai dengan zaman mereka, salah satu lagi cara untuk menarik minat pelajar minat kepada subjek Sains adalah dengan menjalankan pembelajaran Sains melalui Teknologi.

Pendidik boleh memberi tugasan dalam bentuk penggunaan teknologi maklumat kepada pelajar.

Sebagai contohnya, memberi link Youtube untuk tontonan video ilmiah di rumah ataupun tugasan menghasilkan persembahan bagi subtopik tertentu dalam bentuk video.

Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram juga boleh digunakan dalam penghantaran hasil kerja pelajar kepada guru. Pembelajaran akan jadi lebih menarik kerana selari dengan peredaran zaman.

4) Sains itu menyeronokkan

Kebanyakan anak-anak didik tidak meminati Sains kerana melihat Sains sebagai sesuatu yang asing bagi mereka. Sesuatu yang hanya boleh dibayangkan sahaja. Jika guru dapat mengubah persepsi pelajar ini dengan memberikan sesuatu yang mereka dapat lihat, sentuh, rasa dan alami sendiri, tentunya ia akan memberi pengalaman berbeza kepada pelajar.

Penggunaan bahan yang ada di sekeliling kita bagi menggantikan penggunaan bahan yang kelihatan terlalu saintifik, juga mampu mendekatkan lagi Sains dengan pelajar.

Baca juga Sukar lupakan momen indah, barisan guru kongsi cerita berbeza dalam platform sama

Baca juga UPSI teroka potensi guru hologram

Jika bahan tersebut mereka kenal, lebih dekat dengan mereka, pasti pembelajaran Sains akan jadi lebih menarik.

Aktiviti Pembelajaran Abad 21 boleh dijalankan dengan lebih efektif jika guru dan tutor dapat mencari idea menarik minat pelajar.

Begitulah serba sedikit perkongsian dalam menarik minat pelajar mempelajari Sains.

Semoga dengan perkongsian ini, dapat membantu guru-guru dalam menambahbaik aktiviti pengajaran Sains di sekolah mahupun di kelas tuisyen.

Sumber: CMNAcademy

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp