Untitled design (24)
Untitled design (24)

65 pelajar sertai Program Bangkit Belajar

Azleenda Sahaludin
09 Dec 2022 04:17pm
A
A
A

Seramai 65 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang, Selangor menyertai program Bangkit Belajar 3.0 sebagai usaha membantu ketersediaan pelajar Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) mencorak masa depan lebih cerah.

Program diadakan di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) bermula pada 9 hingga 11 Disember ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar Tingkatan Enam tentang aspek kerjaya serta kursus pengajian yang mereka minati di peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) kelak.

Cikgu Rushiha Mohd Ramli.

Setiausaha kurikulum Tingkatan Enam SMK Tinggi Kajang, Cikgu Rushiha Mohd Ramli berkata, pendidikan di sekolah tidak memberi pendedahan mendalam tentang cabaran dunia baharu selepas melangkah dari alam persekolahan.

"Sebagai contoh, segmen pekerjaan yang sentiasa berubah dengan pantas disebabkan pelbagai tawaran pekerjaan di sektor ekonomi gig yang bersifat jangka pendek.

"Justeru, program ini adalah sebagai platform memberi pendedahan untuk mengubah gaya pemikiran, tingkah laku dan tindakan pelajar terhadap cabaran dunia baru," katanya ketika dihubungi Sinar Bestari baru-baru ini.

Jelas Cikgu Rushiha, ia adalah usaha melahirkan lebih ramai bakat baru melalui proses berstruktur dan mempunyai arah tujuan.

Katanya, program berkenaan mula diperkenalkan pada tahun lalu merupakan hasil idea daripada alumni SMK Tinggi Kajang.

"Alumni berkenaan mewujudkan modul serta latihan dengan kerjasama institusi awam dan swasta atas usaha Education Millenials Sdn Bhd.

"Siri 1.0 telah dilaksanakan dengan penglibatan pelajar Tingkatan Enam bawah seramai 50 orang manakala siri 2.0 melibatkan pelajar yang berjaya memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke atas dalam peperiksaan semester satu tahun lalu," ujarnya.

Sementera itu, Cikgu Rushiha turut berterima kasih kepada pihak UNITEN di atas kerjasama dan kebenaran menggunakan dewan kuliah serta menyediakan penginapan asrama kepada pelajar sepanjang program berlangsung.

Artikel berkaitan

Kolej Tingkatan Enam Petaling Jaya johan pertandingan reka cipta busana

Pelajar Tingkatan 6 dapat tiket percuma tonton Mat Kilau, dididik hargai jasa pahlawan

Murid Tahun Tiga dan Enam tinggal bersama bapa saudara elak keciciran pelajaran


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok