pexels-kaboompics-com-6415
pexels-kaboompics-com-6415

7 panduan yang boleh cikgu guna untuk mengemas meja di sekolah. Mudah, senang dan menarik!

webadmin
28 Sep 2021 02:27pm
A
A
A

Memandangkan sesi persekolahan secara bersemuka telah pun bermula, Sinar Bestari ingin kongsikan sedikit panduan mengemas meja guru di sekolah masing-masing.

Panduan ini sekadar memberi idea dan tip supaya meja cikgu lebih kemas dan tersusun serta selesa untuk digunakan sepanjang sesi persekolahan, maklumlah sebelum ini sudah terbiasa dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Mari ikuti panduan seperti berikut:

1) Fail-fail susun di bawah meja. Sediakan rak atau kotak.

2) Buku-buku rujukan atau modul-modul boleh disusun di belakang dan tepi tempat duduk. Sediakan rak atau kotak supaya lebih teratur. Boleh juga ikat dan asingkan mengikut kelas.

3) Kertas-kertas diasingkan dan wujudkan fail sendiri seperti bahagian Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum.

4) Buang bahan-bahan yang sudah tidak digunakan. Jika jarang digunakan tetapi masih perlu disimpan, boleh simpan sahaja di rumah. Bawa semula ke sekolah jika ingin digunakan.

5) Semak buku latihan pelajar mengikut jadual. Habis sahaja semak satu kelas, kembalikan semula kepada pelajar. Jadi, meja guru tidak bertimbun dengan buku-buku.

6) Jika perlu, alas meja dengan warna kegemaran cikgu.

7) Pastikan atas meja hanya ada barang yang perlu sahaja. Jadi, cikgu ada ruang untuk buat kerja. Pastikan juga atas meja tiada rak dan fail-fail yang boleh mengganggu penglihatan sehingga rakan-rakan tidak boleh nampak muka cikgu.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Terdahulu, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan tarikh pembukaan sekolah kekal 3 Oktober nanti, tertakluk kepada negeri Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Berdasarkan kenyataan beliau sebelum ini, Kementerian Pendidikan akan melaksanakan sistem baharu yang melibatkan hanya 50 peratus kehadiran murid ke sekolah daripada enrolmen keseluruhan secara penggiliran minggu.

Gambar hiasan daripada Pexels.

Setiap kelas persekolahan akan dibahagi kepada dua kumpulan iaitu secara pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka dan PdPR, yang bergilir setiap minggu.

Murid berkeperluan khas, asrama penuh, peperiksaan antarabangsa, sekolah kurang murid antara tidak terlibat penggiliran kelas.

Sumber: Giyong Nor Mohamad

Artikel berkaitan 

6 tip menjadi akauntan bertauliah

Nota ringkas Sains tulisan tangan Cikgu Nur Faralina buat pelajar bersemangat nak belajar

Ini 6 tip yang perlu ada pada seorang doktor gigi!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok