Guna Peta Minda untuk menulis karangan...tip ini memang membantu pelajar!
Guna Peta Minda untuk menulis karangan...tip ini memang membantu pelajar!

Guna Peta Minda untuk menulis karangan...tip ini memang membantu pelajar!

Roshlawaty Md Raieh
11 Jul 2020 07:20am
A
A
A

Ramai kalangan pelajar yang mengeluh apabila karangan yang dihasilkan tidak bermutu.Mereka beranggapan, idea yang diketengahkan dalam karangan tersebut tidak menarik dan gagal menarik perhatian cikgu.

Adik-adik, sebenarnya ada cara yang membolehkan anda menulis karangan dengan baik.

Menerusi laman web Cikgu Fadli Online, kami kongsikan tip menulis karangan menggunakan Peta Minda.

Terima kasih kepada Cikgu Siti Noor Sarah atas perkongsian ini. Jom kita baca tip yang beliau berikan.

*****

Selalu bila kita minta pelajar buat karangan, mesti mereka rasa malas dan sukar mencari idea untuk mendapatkan isi-isi penting.Justeru, Cikgu Siti Noor Sarah kongsikan Peta Minda Kata Tanya.

Ada pelbagai corak bagi menarik minat anak didik untuk belajar dan ia sesuai digunakan untuk membuat karangan. Ia memudahkan mereka mencari isi-isi mengunakan Peta Minda Kata Tanya.

Ini contoh saya bagi:

Topik: Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita.

1) Mengapa perlu kita menjaga kesihatan?

– supaya kita kekal sihat dan dapat melakukan aktiviti harian tanpa halangan.

2) Apa aktiviti yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan kita.

– bersenam – menjaga pemakanan – menjaga kebersihan diri

3) Bila waktu sesuai kita bersenam.

– senaman seeloknya dilakukan seminggu 2 kali.

4) Berapa minit untuk bersenam.

– kira-kira 30 minit bagi setiap sesi.

5) Bagaimana kuantiti makanan seimbang.

– mengikut sumber piramid makanan seimbang. – elakkan makanan kolestrol tinggi dan makanan manis berlebihan.

6) Sesiapa saja perlu menjaga kesihatan sama ada kanak-kanak mahupun dewasa kerana kesihatan yang baik dapat memberi kecergasan minda, menguatkan otot dan mengelakkan dari penyakit.

7) Di mana-mana sahaja kita boleh lakukan aktiviti bersenam.

Melalui Peta Minda Kata Tanya ini, cikgu yakin yang pelajar semua dapat menulis karangan dengan baik.

Semoga perkongsian kali ini bermanfaat untuk semua pembaca.

Sumber: Laman web Cikgu Fadli Online  

Artikel berkaitan 

10 tip mudah untuk cipta animasi dan aplikasi animasi

Jom kenali jenis-jenis server komputer

5 tip mudah skor A+ Matematik SPM, pelajar pasti boleh buat!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok