Irdina sememangnya bercita-cita tinggi dalam pelajaran Graduan Malaysia gondol pingat akademik tertinggi di Amerika Syarikat, raih keputusan 4 flat secara konsisten
Irdina sememangnya bercita-cita tinggi dalam pelajaran Graduan Malaysia gondol pingat akademik tertinggi di Amerika Syarikat, raih keputusan 4 flat secara konsisten

Graduan Malaysia gondol pingat akademik tertinggi di AS

Rasyidah Zulkifi
06 Apr 2022 02:01pm
A
A
A

Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di universiti luar negara berjaya memperoleh pingat Phi Kappa Phi atas pencapaian akademik tertinggi menduduki tempat pertama dalam kalangan hampir 10,000 pelajar beberapa tahun berturut-turut.

Penerima biasiswa Yayasan Tenaga Nasional itu meraih keputusan cemerlang dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 atau juga digelar '4 flat' secara konsisten dari 2018 hingga 2021.

Menurut graduan Sarjana Muda Sains dalam Kejuruteraan Elektrik, Virginia Tech (VT), Amerika Syarikat (AS), Irdina Shahriman, 24, keputusan itu diperoleh berkat usahanya yang bersungguh-sungguh sepanjang tiga tahun belajar di sana.

“Saya bukan seorang ‘genius’ secara semula jadi, jadi saya bekerja keras dengan mengambil nota dengan tekun dan tidak ponteng kelas.

“Paling penting, saya ambil inisiatif untuk berhubung dengan profesor dan rakan sekelas saya, yang benar-benar meningkatkan pemahaman saya tentang perkara itu,” katanya kepada StarEdu, baru-baru ini.

Irdina sememangnya bercita-cita tinggi dalam pelajaran.

Kongsi Irdina, jika ingin berjaya di peringkat pengajian tinggi, pelajar mestilah menghayati proses pembelajaran, di samping, memperbetul niat belajar kemudian terjemah ke dalam tindakan.

Menceritakan pengalamannya belajar di VT berbeza sekali jika dibandingkan dengan universiti tempatan.

Difahamkan, sistem pengajian di VT menggalakkan para pelajar termasuk Irdina untuk berfikiran kreatif di luar topik pembelajaran dengan memberikan pendapat masing-masing di kelas.

“Contoh, ada ketika saya perlu tulis laporan makmal mengikut kesesuaian kerana dimaklumkan bahawa tiada format disediakan.

“Sebagai seseorang yang sentiasa bekerja dalam persekitaran yang tersusun, itu mendorong saya keluar dari zon selesa saya,” ujarnya.

Beliau juga memaklumkan rata-rata pelajar di fakultinya didominasi oleh golongan lelaki tidak menghalang Irdina untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran pembelajaran di sana.

Bagaimanapun, beliau tetap berasa takut ketika melakukan tugasan berbentuk projek kerana sepanjang di VT tidak pernah mempunyai ahli kumpulan perempuan.

Irdina menambah bahawa sistem akademik AS kebiasaannya mempunyai peperiksaan dua kali seminggu sepanjang semester yang memerlukan pelajar untuk konsisten dalam pelajaran

“Beberapa hari, saya terpaksa batalkan rancangan untuk keluar dengan rakan-rakan atau menonton filem terkini baik pada hujung minggu atau hari bekerja.

“Masa saya dihabiskan bagi menyelesaikan tugasan dan belajar untuk menduduki peperiksaan.

“Dalam kamus hidup saya tiada masa untuk berlengah-lengah,” katanya.

Pun begitu, Irdina tidak mengabaikan kepentingan menjaga diri kerana beliau juga meluangkan masa untuk beberapa aktiviti kokurikulum.

Sepanjang di VT, Irdina tidur lapan jam sehari, bersenam, dan jamah makanan yang dimasak di rumah.

Beliau percaya seseorang akan menjadi lebih produktif jika mengekalkan kesihatan fizikal dan mental pada tahap optimum.

Irdina menasihati para pelajar yang bercita-cita tinggi untuk percaya pada kemampuan diri kerana setiap orang mempunyai kekuatan dan kebolehan yang tersendiri.

Artikel berkaitan 

Alumni kolej Matrikulasi berkongsi tip untuk dapat 4 flat

Membanggakan! Lima pelajar Malaysia diterima masuk ke Harvard College

6 pelajar terima ‘laptop’, janji akan cemerlang dalam pengajian


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok