WhatsApp Image 2022-04-07 at 5.25.07 PM (1)
WhatsApp Image 2022-04-07 at 5.25.07 PM (1)

Tersenarai dalam Malaysia Book Of Records, Dr Soo Wincci kini pensyarah muzik di UiTM

Adlan Farhan Azwan
07 Apr 2022 05:37pm
A
A
A

Dr Soo Wincci terus mencipta sejarah apabila berjaya tersenarai dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dan kini merupakan pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Hasil kejayaan itu adalah rentetan daripada pelantikan beliau sebagai Ratu Cantik Malaysia pertama menerima gelaran Profesor Madya.

Pengumuman membanggakan itu telah dibuat menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Baca juga

Bukan mudah jadi pelakon dan pelajar, Sweet Qismina akhirnya berjaya terima ijazah

“Anda adalah kebanggaan Keluarga Malaysia”, PM ucap tahniah kepada 6 pelajar berjaya ke Harvard College

Dalam perkongsian tersebut, Soo Wincci mengumumkan bahawa beliau telah secara rasminya dilantik sebagai Profesor Madya.

“Kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, apa yang tidak dapat memusnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat,” kata beliau.

Selain itu, Ratu Cantik Malaysia 2008 turut berkongsi berita gembira setelah berjaya menjadi pensyarah di muzik di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam.

 

Soo Wincci berkongsi keadaan biliknya dengan pengikut laman Instagram sebagai pensyarah di Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Shah Alam.

“Saya bersedia untuk berkhidmat demi negara dengan apa yang paling saya suka iaitu muzik,” katanya dalam laman Instagram.

Soo Wincci menceritakan pengalamannya daripada bergelar seorang Ratu Cantik sehingga berjaya tersenarai dalam MBOR dan kini seorang Profesor Madya di UiTM.

“Bermula ratu cantik, terbang ke sana sini demi menuntut ilmu dan menimba pengalaman.

“Akhirnya, langkah saya ke alam profesor pula. Saya kini menjadi pensyarah mengajar penuntut UiTM dalam subjek produksi muzik dan perniagaan,” tambah beliau.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Terdahulu, beliau pernah mendedahkan perit kehidupan yang terpaksa dihadapi dalam mengejar impian.

“Saya terpaksa menjamah sisa biskut di studio, tempat saya membuat kajian muzik memandangkan kewangan saya tidak begitu stablik pada waktu itu,” jawabnya.

Sinar Bestari ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan Soo Wincci yang diharapkan mampu menjadi inspirasi kepada masyarakat di luar sana untuk terus berusaha dan tidak mudah berputus asa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok