Putra Danish Haikal (kanan) dan Muhammad Zaim menunjukkan sijil kemenangan pada pertandingan robotik anjuran JKM Politeknik Nilai. — Bernama
Putra Danish Haikal (kanan) dan Muhammad Zaim menunjukkan sijil kemenangan pada pertandingan robotik anjuran JKM Politeknik Nilai. — Bernama

2 hari belajar 'coding' raih kejuaraan, ini 5 tip untuk pemula

Rasyidah Zulkifi
23 Jun 2022 10:38am
A
A
A

Meskipun mengambil masa dua hari sahaja untuk belajar pengekodan atau 'coding', ia tidak menghalang dua pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (Felda) Seri Sendayan, Nilai, Negeri Sembilan bagi merangkul gelaran juara dalam pertandingan robotik anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) Politeknik Nilai. 

Putra Danish Haikal Azan Huzzaie dan Muhammad Zaim Eddi Hamka masing-masing  memanfaatkan sebaik mungkin bimbingan daripada fasilitator program Diploma Kejuruteraan Mekatronik Politeknik Nilai.

Kedua-dua pelajar itu mewakili kumpulan Hex Dimension berhasil mencipta robot sekali gus mengalahkan pencabar terdekat mereka dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Enstek pada pertandingan tersebut bersempena Hari Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Robotik JKM.

STEM Robotic Camp berlangsung selama tiga hari bermula 30 Mei disertai 20 orang pelajar mewakili 10 pasukan dari sekolah menengah sekitar daerah Labu, Nilai dan Enstek.

Pada pusingan akhir, setiap pasukan diberikan zon perang tersendiri terdiri daripada 'pilot' dan 'fetcher', dan robot ciptaan mereka menyalakan lampu di menara dalam masa lapan minit berbanding pihak lawan.

"Kami belum didedahkan lagi dengan silibus mekatronik iaitu sukatan pelajaran pelajar Tingkatan Tiga walaupun dari bidang Asas Sains Komputer (ASK) kerana masih di Tingkatan Dua.

"Sebelum ini, kami kurang tahu mengenai 'coding' tetapi selepas menyertai pertandingan ini kami lebih jelas dengan teknik mengendalikannya, sistem kawalan, mencipta robot, cara penggunaan dan fungsi 'coding'.

Sementara itu, menurut Pengarah Politeknik Nilai Wan Zulkifly Wan Zakaria, program tersebut merupakan penganjuran pertama berkaitan STEM Robotik di institusi berkenaan.

Katanya, program itu bertujuan bagi menggalakkan dan membangunkan kemampuan pelajar sekolah dalam subjek berhubung STEM sejajar dengan matlamat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk memperkasakan STEM menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

"Objektifnya bagi memberi ilmu berkaitan teknologi dan keperluan untuk memahirkan diri dengan berbagai-bagai peralatan Internet of Thing (IoT) di samping memastikan konsep kelestarian diperkasa dan membangunkan idea serta inovasi terhadap produk demi kebaikan persekitaran,” ujarnya.

Merujuk kepada artikel di blog Ekrut Media, 'coding' merupakan salah satu kemahiran profesional yang diperlukan pada masa kini dan ia boleh dipelajari di luar sekolah.

Seiring dengan dunia yang berkembang maju, kemahiran 'coding' mendapat banyak permintaan di pasaran kerja.

Disebabkan itulah ilmu ini diajar sejak di bangku sekolah lagi supaya pelajar mengetahui asas teknologi ini.

Bagi mereka yang berminat untuk mendalami kemahiran ini, berikut adalah lima tip untuk belajar 'coding' bagi pemula;

  1. Cari mentor dalam komuniti program pengaturcaraan. Melalui cara ini, anda akan bertemu pakar yang betul dan ambil peluang untuk mendalami ilmu ini daripada mereka.

2. Mempelajari asas bahasa pengaturcaraan seperti Python. Selepas berjaya menguasai ini, boleh belajar beberapa bahasa pengaturcaraan yang lain.

3. Mengikuti kursus secara dalam talian yang percuma. Bijak memilih kursus supaya ia memberikan hasil optimum kepada si pemula.

4. Belajar 'coding' orang lain kerana kemahiran ini terbuka kepada umum, jadi tiada istilah meniru.

5. Belajar 'coding' dari 'game' yang dibuat oleh pembangun degan cara memahami corak permainan dan tahap kesusahan yang direka.

Semoga bermanfaat!

Artikel berkaitan

Kemahiran pengekodan bakal menjadi aset berharga bagi masa depan kanak-kanak

Pelajar robotik tukar lightning port iPhone X menjadi USB type-C, kemudian jual pada RM 357,721

3 tip tanam minat pelajar dalam bidang robotik 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok