4be4012e-4524-4ee9-bb22-b8f00302571a
4be4012e-4524-4ee9-bb22-b8f00302571a

Cikgu Nashar ajar teknik gerakan tangan bantu pelajar faham lukis lokus

Rasyidah Zulkifi
10 Feb 2022 11:34am
A
A
A

Proses Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) menggalakkan pelajar menjadi lebih kreatif dan tidak pasif ketika di sekolah.

Melalui proses tersebut, guru-guru bertindak membantu para pelajar mengembangkan potensi mereka dalam pelajaran pada tahap optimum dan secara menyeluruh.

PdPc juga merangsang warga pendidik untuk kekal berinovasi ketika berkhidmat di sekolah masing-masing.

Baca juga:

Nota percuma Matematik Tahun 4-6, mak ayah boleh cetak bagi anak-anak

Kemahiran guru dalam bidang Matematik menyerlah potensi pelajar

Begitu juga yang dilakukan oleh guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sungai Buloh, Cikgu Nashar yang mengambil pendekatan teknik gerakan tangan untuk membantu pelajar memahami bab 8 subjek Matematik Tingkatan 3.

“Saya ajar pelajar Tingkatan 3 topik lokus dalam dua dimensi dan masa saya ajar topik itu ramai pelajar tak faham bagaimana hendak melukis lokus.

“Jadi, saya pun fikir bagaimana ingin memudahkan mereka sebab ramai pelajar tak boleh lukis (lokus).

“Terlintas di fikiran saya buat gerakan tangan untuk mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap lima jenis lokus itu,” katanya.

Menurutnya, dia menjadikan teknik gerakan tersebut diselang-selikan dengan nyanyian dan nada berirama supaya pelajar lebih faham.

[video width="848" height="624" mp4="https://sinarbestari.sinarharian.com.my/wp-content/uploads/2022/02/4be4012e-4524-4ee9-bb22-b8f00302571a.mp4"][/video]

“Selain itu, saya juga jadikan teknik gerakan tangan sebagai kajian tindakan saya sehingga dapat bentangkannya di peringkat daerah.

“Itu satu pengalaman bagi saya untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang inovasi dan kajian tindakan,” ujarnya.

Katanya, beliau berharap para guru boleh mempelbagaikan kaedah PdPc demi kemenjadian pelajar pada masa hadapan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

“Bagi saya, kita kena ada kesedaran yang amat mendalam sebab kalau kita tidak buat apa-apa untuk anak murid, kita akan rasa bersalah sebab kita ada kemampuan berusaha sehabis baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis jemputan pada sesi Facebook Live yang bertajuk Inovasi PdPc : Mengapa Pendidik Perlu Berinovasi? yang disiarkan semalam.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok