BC352077-67CF-45C1-9334-70F6655C2957
BC352077-67CF-45C1-9334-70F6655C2957

Guru mengajar guna myViewBoard, anak murid suka dan jadi aktif

Rasyidah Zulkifi
17 Feb 2022 06:00pm
A
A
A

Dalam anjakan ketujuh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru warga pendidik untuk memanfaatkan teknologi maklumat (ICT) di dalam kelas.

Penggunaan ICT boleh membantu guru-guru mencapai kualiti Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) pada tahap optimum.

Baca juga

1,010 pelajar baharu PMM jalani proses pembelajaran secara hibrid

Pensyarah IPG ini dedah 3 WOW capai PdPc bermakna

myViewBoard adalah satu bentuk teknologi yang diperkenalkan dalam dunia pendidikan.

Ia bukan sahaja interaktif, malah, menggalakkan pembelajaran hibrid antara guru dan anak murid.

Kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Bayu, Cikgu Ruth, merupakan salah seorang warga pendidik yang menggunakan papan pintar tersebut.

Menurutnya, myViewBoard sangat sesuai digunakan sepanjang sesi PdPc berlangsung.

“Inilah ‘smartboard’ dan kita namakannya sebagai ‘viewboard’.

“Viewboard ini cikgu boleh gunakan dalam kelas kerana ia hebat dan sangat canggih,” katanya.

Menurutnya lagi, ciri pada papan pintar tersebut menggalakkan anak murid untuk belajar secara aktif di dalam kelas.

“Contoh, kalau cikgu nak ajar ‘five senses’, cikgu mungkin boleh jemput murid untuk datang dan tulis (jawapan).

Murid-murid boleh guna jari untuk menulis jawapan pada myViewBoard.

“Murid boleh menggunakan pen ataupun menggunakan jari mereka.

“Pastikan jari mereka sentuh (papan pintar) dengan elok, kalau tidak nanti tulisan tak cantik dan kalau nak padam kita boleh gunakan tangan atau pemadam yg telah disediakan,” ujarnya.

Katanya lagi, myViewBoard sesuai untuk mata pelajaran yang memerlukan konsep menambah dan pecahan setara seperti Matematik.

Selain itu, papan pintar tersebut juga boleh digunakan bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Guru yang mengajar di negeri Perak itu berkata demikian dalam video YouTube miliknya, baru-baru ini.

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok