projek sharpener
projek sharpener

Projek ‘sharpener’ mesra alam, sesuai untuk Tahun 1 dan 2

Rasyidah Zulkifi
22 Sep 2022 02:43pm
A
A
A

Pengasah atau lebih sinonim dipanggil sebagai ‘sharpener’ adalah satu alatan digunakan untuk menajamkan mata pensel.

Kebanyakannya digunakan oleh murid-murid Tahun Satu hingga Tahun Enam kerana mereka belum lagi dibenarkan menggunakan pen untuk membuat tugasan.

Sehubungan dengan itu, pada entri kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi mengenai kisah Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Minyak 2, Melaka yang berjaya membuat inovasi pengasah pensel mesra alam.

Projek ini dibuat dengan kerjasama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk memupuk budaya menjaga alam sekitar dalam kalangan warga sekolah.

Guru besarnya, Nor Azah Harun Alias berkata, pihaknya menghasilkan produk berkenaan bertujuan meminimumkan sampah yang terhasil daripada sisa asahan pensel.

Selain itu, tambahnya, inisiatif itu dilakukan bagi menjaga kebersihan kelas dengan menjadikan sampah berkenaan sebagai baja kompos yang akan diletakkan pada tanaman yang terdapat di sekeliling sekolah.

Ujarnya lagi, pengasah ini diperbuat daripada tong biskut bersaiz besar dan ia ditampal di bahagian atas di mana akan mesra pengguna untuk murid-murid.

“Dari segi penglibatan, setakat ini pengasah mesra alam dihasilkan untuk kegunaan murid Tahun Satu dan Dua, bagaimanapun, pihak sekolah akan selaraskan penggunaan produk ini kepada semua kelas menjelang hujung tahun,” katanya seperti dilaporkan pemberita tempatan pada Majlis Perasmian Projek Inovasi di SK Tanjung Minyak 2, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, jelas Nor Aziah, projek tersebut dibuat merujuk kepada modul kajian alam sekitar yang diberikan oleh pihak SWCorp negeri kepada sekolah.

“Selain dijadikan sebagai baja kompos, ia turut dijadikan bahan untuk menghasilkan seni, hiasan dalam proses pembelajaran subjek Pendidikan Seni di sekolah,” tuturnya lanjut.

Pada majlis itu, hadir sama, Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Khairuladha Ab Mutalib.

Artikel berkaitan 

Projek Laman Hijau SMK Taman Desa, inisiatif guru pupuk tabiat pemakanan sihat dalam kalangan pelajar

Projek Pemindahan Ilmu beri manfaat kepada warga KV Lahad Datu

Projek alam sekitar SK Bukit Tampoi (A) tingkatkan kualiti persekitaran sekolah


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok