Untitled design (42)
Untitled design (42)

Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor juara DIY Made Simple 2022

Azleenda Sahaludin
02 Dec 2022 09:16am
A
A
A

Pertandingan DIY Made Simple 2022 telah melabuhkan tirainya dengan Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang, diumumkan sebagai juara.

Membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM4,500, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang, telah diraikan pada Majlis Penyampaian Hadiah di Auditorium, Kompleks Penyelidikan & Inovasi (KPPI), Universiti Malaya (UM).

Pertandingan anjuran MR D.I.Y. Group (M) Berhad dengan kerjasama strategik UM di bawah Pusat Jalinan Masyarakat (UM Cares) ini telah diadakan sejak tahun 2017.

Dengan bertemakan Facing the New Normal: School Transformation, pertandingan ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar bagi menambah baik fasiliti sekolah dalam masa yang sama mengadaptasi keadaan norma baharu selepas pandemik Covid-19.

Guru pembimbing, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Wan Muna Ieza Wan Mohd Isa berkata, ini adalah satu pencapaian baik oleh pelajarnya dalam usaha mengharumkan nama sekolah.

“Pelajar saya telah menghasilkan satu projek yang diberi nama UV Cab (Ultraviolet Cabinet) di mana ia menggunakan cahaya ultraviolet untuk mensterilkan segala barangan atau peralatan yang digunakan secara berkongsi antara pelajar dan juga guru di sekolah.

“Projek ini telah bermula sejak Januari lalu dengan bilangan pelajar yang terlibat 10 orang,” katanya kepada Sinar Bestari.

Sementara itu, Pengerusi MR D.I.Y. Datuk Azlam Shah Alias berkata, pertandingan ini mampu menjana pelbagai idea baharu yang inovatif dalam memberi manfaat kepada ekosistem lebih lestari di sekolah seluruh negara.

“DIY Made Simple ini bukan sekadar pertandingan, ia adalah satu platform bagi membantu kehidupan komuniti dengan mengilhamkan idea tentang cara menggunakan bahan kitar semula,” ujarnya.

Pada masa yang sama, Naib Canselor UM, Profesor Datuk Ir Dr Mohd Hamdi Abd Syukor menyatakan penghargaan kepada MR D.I.Y. di atas persetujuan untuk meneruskan kerjasama dalam penganjuran program berasaskan pertandingan ini.

“DIY Made Simple ini adalah satu platform kepada pelajar sekolah untuk mengaplikasikan beberapa mata pelajaran yang dipelajari untuk menghasilkan idea yang kreatif, inovatif dan di luar kotak,” katanya.

SMK Tuanku Besar Burhanuddin, Negeri Sembilan meraih tempat kedua.

Selain Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang; Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Besar Burhanuddin, Negeri Sembilan telah diumumkan pemenang tempat kedua dan menerima wang tunai RM3,000.

Sementara itu, tempat ketiga telah disandang oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Darul Aman, Kedah, dan membawa pulang wang tunai RM1,500.

Sejak diperkenalkan, DIY Made Simple telah disertai lebih daripada 3,000 pelajar dari 300 sekolah seluruh negara dengan lebih 300 projek.

Naib Canselor UM (kedua dari kiri) dan Pengerusi MR DIY menandatangani memorandum persafahaman.

Selain majlis penyampaian hadiah, turut diadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara MR D.I.Y. dan UM sebagai rakan kongsi dalam penganjuran pertandingan ini untuk tempoh tiga tahun lagi (2023 hingga 2025).

Artikel berkaitan

Pertandingan ‘DIY Made Simple’ kembali, penyertaan dibuka sekarang

Tak perlu beli bantal, murid boleh DIY dengan baju T terpakai

MQA komited tubuh Pusat Penilaian APEL di luar negara


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok