fun-english-24095-5
fun-english-24095-5

Tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris dengan 5 aplikasi mudah ini

Adlan Farhan Azwan
23 Feb 2022 01:06pm
A
A
A

Penggunaan bahasa Inggeris wajib dikuasai dalam kalangan murid-murid sekolah mahupun pelajar institut pengajian tinggi (IPT).

Hal ini kerana, kebanyakan pekerjaan yang ada di luar sana memerlukan pekerja yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.

Kali ini, Sinar Bestari ingin berkongsi dengan anda semua lima aplikasi yang boleh membantu murid-murid dalam meningkatkan pengetahuan bahasa Inggeris.

1. Fun English oleh studycat

Fun English adalah permainan yang interaktif untuk kanak-kanak, tetapi ia juga berguna untuk orang dewasa yang ingin belajar bahasa Inggeris. Permainan diasingkan mengikut tema. Jadi anda boleh fokus pada bahagian yang memerlukan peningkatan.

Fun English menggunakan banyak gambar untuk menerangkan perkataan dan ia akan membantu untuk diingati semasa bermain. Selepas memuat turun permainan ini, ia boleh dimainkan tanpa sambungan Internet.

2. Free Rice

Aplikasi ini adalah versi laman web Free Rice terkenal yang boleh dimuat turun. Free Rice membantu belajar perkataan baharu dengan menggunakan perkataan sinonim (perkataan yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama).

Pengguna diberikan perkataan dan empat pilihan jawapan. Tugas pengguna adalah memilih perkataan yang paling sama dengan perkataan yang diberikan. Sekali lagi, permainan ini akan menjadi semakin sukar, anda akan sentiasa mempelajari perkataan baharu.

Jika anda terlepas satu soalan, aplikasi akan memberikan jawapan yang betul dan kemudian ditunjukkan dengan soalan itu sekali lagi untuk memastikan anda memahaminya.

Antara yang menarik tentang permainan ini adalah selagi anda bermain, aplikasi ini akan mendermakan nasi kepada orang yang memerlukan, jadi semakin lama bermain, semakin banyak nasi didermakan.

3. eTabu

Dalam permainan ini, pemain akan mencuba untuk mengenalpasti perkataan bahasa Inggeris yang khusus tanpa menggunakan beberapa petunjuk daripada satu senarai (petunjuknya biasanya perkataan sinonim atau penerangan).

Ia menguji pemahaman pemain tentang perkataan itu dan menggalakkan kreativiti.

Permainan yang boleh dimuat turun ke peranti Android ini sangat bagus untuk berlatih bahasa Inggeris dengan rakan-rakan.

4. Word Connect

Permainan ini memberikan anda koleksi huruf yang mencabar untuk membina ayat menggunakan huruf tersebut. Pemain perlu mengeja sebanyak mungkin perkataan yang boleh menggunakan huruf yang diberikan.

Permainan ini sememangnya mencabar dan membuatkan anda berfikir semula tentang perkataan bahasa Inggeris yang pernah anda pelajari.

5. Alphabear

Dalam permainan ini, pemain juga perlu membina perkataan daripada huruf yang diberikan. Permainan ini memberikan pemain beberapa peluang untuk menggunakan setiap perkataan.

Permainan ini menggalakkan untuk menggunakan sebanyak mana kosa kata yang ada. Pemain akan memperoleh markah yang lebih untuk perkataan yang lebih panjang, dan sewaktu bermain, pemain boleh mengumpul “Alphabears” di mana ia akan memberikan markah kombinasi yang berbeza.

Terdapat beberapa gaya berbeza untuk bermain, termasuk versi catatan masa di mana akan membantu pemain untuk berfikir dengan cepat dan membina perkataan seberapa pantas anda boleh fikir.

Anda boleh bermain melalui telefon anda atau muat turun versi permainan yang dipertingkatkan ke komputer anda melalui Steam.

Jika anda berasa buntu dan bosan dengan latihan bahasa Inggeris anda, cuba muat turun beberapa permainan bahasa Inggeris yang menarik ini supaya anda boleh belajar sambil bermain.

Sumber: FluentU

Artikel berkaitan 

Lakukan 6 perkara ini untuk anak kuasai bahasa Inggeris. Sangat berkesan!

Selalu buat kesilapan “grammar” Bahasa Inggeris? Ini aplikasi yang boleh bantu anda

5 tip mudah skor A+ Matematik SPM, pelajar pasti boleh buat!


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok