WhatsApp Image 2022-05-09 at 2.56.38 PM
WhatsApp Image 2022-05-09 at 2.56.38 PM

(VIDEO) Sekolah hasilkan video muzik raya dengan konsep unik, berjaya tarik perhatian warganet

Adlan Farhan Azwan
09 May 2022 02:57pm
A
A
A

Apabila tiba Hari Raya Aidilfitri, pelbagai jenis lagu raya akan dimainkan tidak kira di radio atau televisyen.

Kini, banyak lagu raya moden telah mula mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia dengan konsep yang pelbagai serta unik.

Baru-baru ini, satu video muzik sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri telah tular di laman media sosial, hasil kreativiti sekumpulan pelajar sekolah.

Video yang dicipta oleh pelajar Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP) itu memaparkan konsep yang unik dan mengambil kira situasi pandemik Covid-19 yang melanda negara.

[embed]https://www.youtube.com/watch?v=6dVKk6BQgig&feature=youtu.be[/embed]

Keunikan video muzik raya oleh SSeMP itu juga dapat dilihat apabila bait-bait lirik yang digubah sendiri dan mengetengahkan budaya tarian Melayu.

Selain itu, turut membuat penampilan istimewa di dalam video muzik raya itu adalah Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Faizal Ahmad Azumu.

Difahamkan, tujuan penciptaan video muzik raya yang tular itu ialah bagi mempromosikan SSeMP kepada masyarakat luar dan mempamerkan bakat-bakat pelajar serta kakitangan sekolah tersebut.

[embed]?s=20&t=87oTqWORGLs_gIvKf57vAg[/embed]

Kini, video muzik tersebut telah meraih lebih 225,000 jumlah tontonan di laman Twitter dengan lebih 10,000 tanda suka.

Kebanyakan daripada pengguna laman media sosial turut memberi sokongan serta pujian kepada mereka yang terlibat dalam menghasilkan video muzik raya yang unik ini.

Shahmin Sahari: Meriah! Seronoknya sesiapa yang berada di SSeMP. Tahniah kepada semua.

Hendra Raiz: Sangat hebat. Tengok terus meremang bulu roma. Tahniah kepada semua yang terlibat. Seakan-akan ‘High School Musical’.

Iqbal Tasyrik: Lagu yang bagus, bangga dengan SSeMP sebab dapat cipta lagu yang berkualiti. Salam dari alumni SSeM.

Artikel berkaitan 

Baik pulih bas Toyota Coaster 1980, hadiah istimewa daripada bekas pelajar STAR

Projek lestari alam di sekolah buahkan hasil lumayan, galak penglibatan guru dan pelajar

(VIDEO) Tercari-cari pemilik suara merdu, Cikgu Shamira tak sangka ia milik pelajarnya 


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok