Siapa sangka peralatan dan 'prop' dalam tarian singa boleh mencecah ribuan ringgti.
Siapa sangka peralatan dan 'prop' dalam tarian singa boleh mencecah ribuan ringgti.

6 fakta menarik tarian singa di Malaysia

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
01 Feb 2023 11:56am
A
A
A

Masih terasa kehangatan dan kemeriahan Tahun Baru Cina yang disambut secara besar-besaran memandangkan hampir satu perempat rakyat Malaysia berbangsa Cina.

Kemeriahan ini dapat dilihat dengan hiasan tanglung yang tergantung di rumah, kedai dan pusat membeli belah serta dentuman mercun pada waktu malam.

Malah sepanjang berlangsungnya perayaan ini juga seluruh rakyat dapat menyaksikan persembahan yang menarik dan luar biasa iaitu tarian singa diiringi bunyi yang dihasilkan daripada gong dan dram.

Lebih menarik lagi tarian singa yang dipersembahkan di atas tiang tinggi merupakan ciptaan unik negara kita sendiri.

Untuk itu, Sinar Bestari akan kongsikan enam fakta menarik tentang tarian singa Malaysia untuk makluman pembaca.

*******

Enam fakta menarik tentang tarian singa.

1) Tarian singa terhebat di dunia

Artikel Berkaitan:

Tarian singa Malaysia antara yang terhebat di dunia. Ini kerana, Persatuan Tarian Naga dan Singa Kun Seng Keng daripada Muar, Johor pernah menjuarai sebanyak 12 kali Kejohanan Tarian Singa Dunia dan Kebangsaan Genting.

2) Rutin popular tarian singa

Tarian singa yang dipersembahkan di atas tiang tinggi merupakan ciptaan daripada rakyat tempatan yang kebiasaannya diadakan di tempat awam seperti kompleks membeli belah. Penari yang menarikan tarian tersebut perlu mempunyai kemahiran akrobatik luar biasa memandangkan ketinggian tiang lebih kurang satu hingga tiga meter. Ini adalah untuk memastikan tiada kesalahan atau masalah dilakukan sepanjang persembahan berlangsung.

3) Choy Cheng (memetik sayur)

Adakah anda pernah melihat tarian singa yang melakukan aksi memakan sayur dan menyemburkannya kepada orang sekeliling?

Perbuatan ini melambangkan penyebaran tuah dan rezeki memandangkan perkataaan sayuran dan kekayaan dalam bahasa Kantonis disebut ‘choy’. Namun terdapat juga sesetengah tarian singa menggunakan buah-buahan seperti limau mandarin, limau bali dan nanas.

4) Bai Sun (penyembahan dewi)

Selain pusat membeli belah, tarian singa juga diadakan di beberapa tempat lain seperti tokong atau premis perniagaan kaum Cina. Ia dianggap sebagai satu kepercayaan kaum itu tentang keberkatan serta dapat mengusir roh jahat daripada tempat berkenaan.

5) Harga peralatan dan ‘prop’ tarian singa

Harga bagi setiap kepala singa yang dihasilkan dengan tangan (handmade) antara RM3,300 hingga RM8,888. Malah produk buatan Malaysia adalah dua kali ganda lebih mahal jika dibandingkan dengan produk buatan China disebabkan oleh kualiti yang lebih tinggi serta mempunyai nilai yang tersendiri.

6) Upah penari tarian singa

Penari yang mempersembahkan tarian singa ini juga perlu diberi upah yang berpatutan walaupun sesetengah daripada mereka hanya menerima angpau sahaja. Pemberian upah bergantung kepada tempat persembahan. Jika di rumah, upahnya antara RM800 hingga RM13,000 manakala jika di premis perniagaan pula antara RM3,000 hingga RM20,000. Namun harga ini juga bergantung kepada kerumitan rutin serta masa yang diambil untuk sesebuah persembahan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok