Kumpulan Karangkraf platform terbaik cetusan idea penghasilan buku teks 

AZLEENDA SAHALUDIN
01 Feb 2023 10:55am
A
A
A

Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam perancangan menghasilkan buku teks baharu dalam usaha mendepani cabaran masa depan.

Bagi merealisasikan rancangan tersebut, satu lawatan ke Kumpulan Karangkraf telah diadakan dengan tujuan mendapat pendedahan tentang proses penghasilan buku teks terutamanya kepada pegawai-pegawai baru.

Ketua Penolong Pengarahnya, Rabiah Mohamed Idris memberitahu, kunjungan tersebut sebagai usaha memperoleh cetusan idea baharu terhadap pencetakan buku teks bermula dari pra cetak hingga cetakan akhir.

“Saya mewakili Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan KPM berterima kasih kepada Kumpulan Karangkraf kerana sudi menerima kunjungan lawatan kami.

“Seperti sedia maklum, Kumpulan Karangkraf mempunyai kilang percetakan kedua terbesar di negara ini iaitu Grup Percetakan Ultimate yang mencetak pelbagai bahan bacaan termasuk buku-buku dan al-Quran.

“Justeru, lawatan ini merupakan tempat yang sesuai dan tepat untuk mencari idea baharu dalam penghasilan buku teks,” ucapnya ketika sesi lawatan ke Kumpulan Karangkraf di Shah Alam, Selangor.

Sementara itu, Pengarang Eksekutif Lifestyle Sinar Harian, Meen Tahrin turut memberitahu perancangan tahun 2023 yang melibatkan program di bawah Sinar Bestari.

Katanya, bermula awal Mei ini, jelajah Sinar Bestari akan diadakan di 52 buah sekolah rendah dan menengah seluruh negara.

“Jelajah berkenaan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang dunia media dan komunikasi serta mencungkil bakat muda dalam bidang kewartawanan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok