MRSM
MRSM

Semakan tawaran MRSM boleh dilakukan pukul 8 malam hari ini

AZLEENDA SAHALUDIN
07 Mar 2023 04:43pm
A
A
A

Majlis Amanah Rakyat (MARA) memaklumkan tarikh semakan tawaran kemasukan ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi Tngkatan Satu dan Empat tahun 2023 boleh dilakukan hari ini bermula pukul 8 malam.

Pemohon boleh membuat semakan secara dalam talian menerusi portal rasmi MARA dan perlu membuat pengesahan terima atau tolak tawaran dalam tempoh tujuh hari.

Ini kerana pemohon yang tidak membuat sebarang pengesahan akan dianggap menolak tawaran kemasukan MRSM berkenaan.

Untuk itu Sinar Bestari kongsikan pautan kepada semua pemohon untuk membuat semakan tawaran.

***

Layari laman sesawang MARA untuk semakan.

Tingkatan Satu

https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF1

Artikel Berkaitan:

Tingkatan Empat

https://mrsm.mara.gov.my/MRSMTawarF4

atau boleh secara terus ke portal rasmi MARA www.mara.gov.my

***

Buat mereka yang ditawarkan ke MRSM, pendaftaran pelajar baru telah ditetapkan pada 21 Mac ini pukul 8.30 pagi.

Manakala, permohonan rayuan ke MRSM pula akan mula dibuka secara dalam talian bermula 7 hingga 14 Mac ini.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok