Cikgu Salwana
Cikgu Salwana

4 cara sertai bicara berirama

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
10 Jul 2023 10:23am

Bicara berirama diperkenalkan sebagai salah satu pertandingan atau persembahan Bahasa Melayu dalam bentuk puisi secara berkumpulan.

Ia diperkenalkan bagi menggalakkan serta meningkatkan penguasaan dan penggunaan Bahasa Melayu baku dalam kalangan murid sekolah sama ada rendah atau menengah.

Bukan itu sahaja, bicara berirama juga dilihat salah satu usaha menyeimbangkan akademik dan kokurikulum murid selain membantu mereka menjadi lebih berani menonjolkan kebolehan diri.

Cikgu Salwana
Cikgu Salwana



Perkara ini diakui bekas guru bimbingan bicara berirama, Pasukan Peneraju Warisan Selangor (PEWARIS), Cikgu Salwana Elias dengan mengatakan murid yang terlibat dalam aktiviti ini bukan sahaja mengharumkan nama sekolah tetapi sebagai nilai tambah dalam perekodan markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) mereka.

Katanya, secara tidak langsung penglibatan •murid dengan aktiviti sebegini disertakan dengan markah yang diperoleh sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam permohonan ke sekolah berprestij tinggi seperti asrama penuh nanti. ••“•Bicara berirama ini adalah satu pertandingan yang setiap tahun dipertandingkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dengan penglibatan murid sekolah seluruh negara.

“Sebagai guru bimbingan, saya lihat murid-murid berkebolehan melontarkan suara yang lunak, be•rani serta yakin untuk berkomunikasi di depan khalayak ramai.

“Dan perkara ini jelas membuktikan pertandingan sebegini mampu mencungkil bakat terpendam anak-anak yang mungkin tidak aktif dalam sukan tetapi berani menyerlahkan kemampuan sebenar diri mereka,” katanya ketika dihubungi •Sinar Bestari •baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Beliau yang merupakan guru Bahasa Melayu, Tahap Dua di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi, Selangor itu menambah, dia sentiasa mencari peluang dan ruang untuk anak didiknya menimba ilmu serta pengalaman baharu walaupun perlu menyertai pertandingan di luar sekolah.

“Sekiranya ada anjuran daripada pihak luar, saya akan turut serta bagi memberi pendedahan kepada murid-murid untuk menyerlahkan bakat dan mengembangkan potensi mereka.

“Ia memberi peluang untuk murid-murid ini beraksi di luar keselesaan di samping meningkatkan keyakinan diri masing-masing,” tambahnya.

Sebagai guru bimbingan yang telah terlibat dengan bicara berirama sejak tahun 2012, Cikgu Salwana turut berkongsi empat tip kepada murid dan pihak sekolah yang berminat •untuk menceburi aktiviti berkenaan.

Jom kita lihat.

1) Komitmen dan disiplin

Murid-murid hendaklah mempunyai komitmen dan disiplin yang tinggi. Mereka perlu bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban masa bagi sesi latihan yang sedikit sebanyak akan menganggu waktu rehat. Bukan itu sahaja, murid-murid juga perlu mempunyai perasaan ingin mencuba sesuatu yang menonjolkan kreativiti dan keistimewaan tersendiri.

2) Tonjolkan keaslian produk

Sebagai murid yang hendak menceburi bicara berirama ini, perlu sentiasa menonjolkan keaslian tersendiri tanpa meniru atau plagiat hasil orang lain. Ini untuk melatih mereka menjadi lebih kreatif dengan idea sendiri.

3) Sentiasa beri peluang

Guru perlu sentiasa beri peluang kepada murid untuk mencungkil bakat mereka dengan adil. Ada sesetengah murid yang tidak menyerlah dalam akademik tetapi dengan bimbingan dan asuhan betul mereka mampu menyerlah dan berjaya dalam bidang kokurikulum.

4) Beri sokongan padu

Melihat kepada minat dan kesungguhan murid dalam pertandingan sebegini, pihak bertanggungjawab hendaklah memberi sokongan padu kepada mereka. Ini kerana sebagai murid pastinya mereka akan membawa nama baik sekolah untuk dibanggakan dalam pertandingan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp