Tangkap layar daripada ciapan yang dimuat naik di Twitter.
Tangkap layar daripada ciapan yang dimuat naik di Twitter.

Belum reda isu guru disaman tidak hadir bertugas, timbul isu baru guru ‘bangga’ terima gaji penuh tapi tidak mengajar lebih setahun

AZLEENDA SAHALUDIN
25 Jul 2023 05:21pm
A
A
A

Masih belum reda dengan kontroversi tiga bekas pelajar yang menang dalam tuntutan saman ke atas seorang guru Bahasa Inggeris yang tidak hadir ke kelas selama tujuh bulan, kini timbul pula isu baru seakan sama dengan insiden berkenaan.

Meninjau ke aplikasi Twitter, Sinar Bestari mendapati terdapat seorang lagi guru yang dikatakan mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kabong, Sarawak telah bertindak untuk tidak hadir bertugas selama setahun tujuh bulan.

Ciapan yang dimuat naik oleh pengguna bernama @spadevice itu mengatakan, guru berkenaan merupakan guru ambilan ‘one-off’ yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar di sekolah terbabit namun tidak hadir dengan alasan dirinya mengalami masalah kesihatan mental.

Tangkap layar daripada ciapan yang dimuat naik di Twitter.
Tangkap layar daripada ciapan yang dimuat naik di Twitter.



No Image Caption



Bukan itu sahaja, guru itu turut menuduh rakan-rakan guru lain serta kakitangan sekolah telah bersikap rasis terhadapnya.

“Tujuan saya memuat naik ciapan ini tidak membawa sebarang maksud yang tidak baik melainkan terasa dengan sikap guru berkenaan yang tidak mengendahkan tanggungjawab dan menggunakan alasan penyakit mental untuk tidak hadir ke sekolah untuk berbincang.

“Guru itu juga sering memberi alasan apabila diminta untuk hadir ke sekolah bagi berbincang secara bersemuka,” katanya menerusi ciapan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Lebih memeranjatkan, @spadevice turut memuat naik lampiran bukti menunjukkan tindakan guru berkenaan menerusi ciapan di akaun peribadinya yang seolah-olah berbangga dengan sijil sakit (MC) yang tidak diperakui selama setahun tujuh bulan.

Malah menerusi ciapan itu juga, guru itu memberitahu telah menerima gaji penuh sepanjang tempoh tersebut.

“Adakah harus kita membiarkan insan sebegini terus memperlekehkan kredibiliti para guru di Malaysia?

“Adakah begini ‘standard’ pengambilan guru ‘one-off?’ Tindakan guru ini seolah-olah mentertawakan pihak Kementerian Pendidikan (KPM) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” katanya lagi.

Melalui ciapan tersebut, @spadevice juga menyatakan, dia secara peribadinya tidak lagi percaya kemampuan guru berkenaan untuk menjalankan tanggungjawab dengan sempurna selain mengharapkan pihak Menteri Pendidikan, KPM dan SPP untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok