Antara pandangan netizen yang sempat dipetik Sinar Bestari mengenai isu panas ini.
Antara pandangan netizen yang sempat dipetik Sinar Bestari mengenai isu panas ini.

Jangan tunggu dana kerajaan, sekolah perlu usaha demi murid – Pengguna X

ROSHLAWATY MD RAIEH
22 Mar 2024 12:46pm
A
A
A

Luahan hati pengguna laman X, @sarinizainal tentang situasi sekolah kebangsaan di negara ini, mendapat perhatian para netizen.

Ia kerana, catatan yang dimuat naik pada Khamis itu, bukanlah untuk kepentingan diri sebaliknya sumbangan yang ingin diberikan adalah untuk murid-murid sekolah berkenaan.

Tulisnya di X:

“Saya pernah hubungi dua sekolah kebangsaan. Satu sekolah, saya nak taja tuala wanita (pad) dan deodoran untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima. Satu sekolah lagi saya nak taja krim pelindung matahari untuk hari sukan.

In return, saya nak serahkan produk itu dalam beg kertas The Pastels Shop. Untuk pelajar Tingkatan Empat dan Lima, saya nak berkongsi cara kendalikan bau badan dan jerawat. Selepas berbelas surat rasmi dibuat, akhirnya ditolak!

“Maaf ya, ini sekolah tak boleh masuk campur pemasaran untuk perniagaan. Nak taja boleh, tapi pihak puan tak boleh masuk sekolah dan buang semua logo atau label syarikat yang ada”.

Bayangkan kalau mereka benarkan, berapai ramai budak yang dapat manfaat tapi entahlah polisi pelik sangat.

Selang beberapa bulan, mereka email pula kepada kami, minta taja goodies bag untuk jamuan hari guru. Eh, boleh pulak.

Artikel Berkaitan:

Sebab itu saya selalu taja sekolah Cina anak sahaja. Nama syarikat kita diumum dalam perhimpunan, di tampal pada lorong sekolah dan siap minta risalah untuk edar kepada ibu bapa

“Kita sama-sama prosper...nanti taja lagi ya,” kata pengetua mereka.

Pengguna X itu berkata lagi, sudah sampai masanya sekolah-sekolah kendalian kerajaan berbuat sesuatu demi kepentingan anak-anak murid.

“Banyak prosedur perlu dilalui sekiranya ada syarikat luar ingin ke sekolah untuk bantu murid.

“Berbeza dengan sekolah yang diterajui generasi muda sebagai ketua, mereka lebih terbuka terhadap hal-hal kebajikan begini,” tulisnya lagi.

Jelasnya, pembaharuan perlu dibuat jika mahu sekolah kebangsaan maju seperti sekolah cina.

“Sekolah-sekolah sudah boleh tiru ‘minda perniagaan’ sekolah Cina. Minta tajaan, pemasaran, kerjasama. Tidaklah semua tunggu dana kerajaan.

Jangan kata tak boleh sebab cikgu-cikgu main TikTok dalam kelas okay pula. Gunakanlah ke arah kebaikan anak-anak kecil ini. Barulah maju dan laju.

Percayalah saya, setakat minta RM10,000 tu, macam-macam syarikat itu boleh bagi asalkan ada ‘sesuatu yang boleh kita (syarikat) dapat’

Dekat sekolah Cina, sabun cuci tangan di kantin pun syarikat penjagaan kulit taja tau!”

Menjengah ke rungan komen, rata-rata netizen menyokong dengan kenyataan daripada @sarinizainal ini.

Mereka berpendapat, tidak sepatutnya sekolah sedemikian berbuat begitu kerana rezeki sudah ada di depan mata.

“Peliknya peraturan sekolah tu. Sekolah anak saya boleh sahaja syarikat-syarikat besar masuk sekolah. Siap budak-budak dapat goodies bag lagi," tulis @jules12anne.

"Wah menariknya puan. Boleh saya tahu cara nak pohon tajaan puan? Boleh saya cadangkan kepada cikgu kaunseling di sekolah saya. Penggunaan deodoran tu bagus diajar dari sekolah rendah," kata @cahayathirahh.

"Puan Sarini, kakak saya Pengetua Maahad Tahfiz di Selangor. Kesedaran pasal penjagaan diri dan selebihnya perlu diperkenalkan di Maaahad Tahfiz juga. Saya PM puan ya untuk roadshow atau kerjasama," ujar @LinMastura.

"Geng jual insurans saya rasa tiap minggu masuk sekolah. Pandai guru besar saya mintak tajaan. Duit dapat tu boleh betulkan sinki kantin, cat kelas," kata @subaidi.

"Ehhh kenapa diorang letak syarat tak boleh letak logo? Apa relevannya? Saya sertai persidangan fakulti, dapat goodies, dalam tu semua barang yang di sponsor dengan logo sebesar alam," jelas @imanns.

"Saya sarankan sis untuk cuba taja sekolah di Sabah dan Sarawak pula. Sini sekolah prosedur sangat leceh. Saya selaku ibu bapa pun menyampah," catat @linamhmmd.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok