Cikgu Mohd Nasir (lima dari kanan) amat berharap negara mampu melahirkan lebih ramai jurulatih wanita yang berkaliber dan berbakat besar dalam semua kategori sukan di Malaysia.
Cikgu Mohd Nasir (lima dari kanan) amat berharap negara mampu melahirkan lebih ramai jurulatih wanita yang berkaliber dan berbakat besar dalam semua kategori sukan di Malaysia.

Jurulatih sukan wanita perlu diberi galakan

30 Oct 2023 05:25pm

Dari segi budaya setempat di negara kita, penglibatan golongan wanita di dalam bidang sukan yang memerlukan aktiviti fizikal sangat kurang jika dibandingkan dengan negara maju.

Ia kerana penglibatan wanita dalam bidang ini sering kali terhalang dengan terma diva dan serikandi yang sering diperagakan di atas pentas-pentas pertandingan dan hanya terhad kepada memperagakan fesyen dan pakaian.

Perkembangan arus kemodenan semasa menjadikan penglibatan wanita pada masa kini dilihat sebagai sesuatu yang boleh dijadikan suri dan teladan agar mereka dapat turut sama bergiat aktif dalam arena sukan.

Sekurang-kurangnya, penglibatan mereka dapat membantu merancakkan lagi dunia sukan dan rekreasi tanah air sekali gus memberi ruang dan peluang kepada golongan berkenaan untuk sama-sama menyumbangkan buah fikiran dan idea dalam setiap lapangan diceburi.

Selain itu, penglibatan kaum wanita juga dapat membantu mengendalikan atlet wanita yang datang daripada pelbagai lapisan seperti kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.

Realiti hari ini, keterlibatan jurulatih sukan wanita berada pada tahap yang tidak maksimum.

Cikgu Syahirah (kiri) merupakan seorang guru merangkap jurulatih wanita bagi Kelab Musketeers Akademi, Selangor.
Cikgu Syahirah (kiri) merupakan seorang guru merangkap jurulatih wanita bagi Kelab Musketeers Akademi, Selangor.

Artikel Berkaitan:

Walaupun ramai atlet wanita yang mengambil bahagian dalam setiap sukan dan permainan, namun penglibatan jurulatih wanita masih kurang dan perlu diberikan perhatian sewajarnya.

Persoalannya, mengapa tiada inisiatif untuk menarik lebih ramai penglibatan golongan wanita dalam arena kejurulatihan?

Pelbagai faktor harus diberikan perhatian sama ada suasana dan persekitaran yang memberikan lebih banyak peluang, keselesaan fasiliti dan kemudahan yang sesuai dengan keuayaan fizikal mereka.

Selain itu, perspektif dari pelbagai aspek merangkumi kesihatan dan sebagainya harus menjadi perkara asas setiap perbincangan serta diberikan perhatian.

Negara akan ketandusan golongan ini dimana jika tiada inisiatif dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Aktif dalam organisasi setempat

Situasi dimana ramai atlet tidak mahu aktif dalam lapangan sukan lagi selepas berkahwin mungkin terkait dengan adat tempatan agar mereka tidak lagi aktif dengan aktiviti lasak seperti sukan dan sebagainya.

Mungkin dalam beberapa ketika mereka boleh turut serta dalam latihan dan pertandingan yang melibatkan anak masing-masing di masa akan datang setelah berumah tangga.

Inilah yang dapat dilihat dalam kebanyakan kelab-kelab disertai anak-anak mereka dimana kebanyakan kaum ibu ikut serta dalam setiap latihan yang dijalankan kelab-kelab tempatan.

No Image Caption

Sumbangan mereka juga tidak terhad sebagai penonton atau penyokong semata-mata bahkan dapat memberikan lebih keutamaan kepada mereka dalam beberapa aspek penting sebagai pengendali.

Keselesaan atlet atau pemain perempuan dan wanita dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan banyak mempengaruhi pencapaian sekiranya mereka dapat berinteraksi, berkomunikasi dan berbincang dengan jurulatih yang dirasakan selesa apatah lagi jika melibatkan sentuhan fizikal dalam pengendalian sesuatu sukan dan permainan tersebut.

Oleh itu, amat penting jika pemain-pemain perempuan dapat bekerja sebagai satu pasukan bersama-sama dalam kategori tersebut.

Promosi gaya hidup sihat di peringkat komuniti

Penglibatan lebih ramai golongan wanita dalam lapangan sukan akan dapat memberikan lebih impak kepada penglibatan kanak-kanak dan remaja perempuan agar mereka lebih selesa berlatih, berkongsi idea serta meluahkan rasa tanpa ada halangan seperti malu dengan jurulatih yang berlainan jantina.

Apa yang utama ialah penglibatan jurulatih wanita juga penting jika mereka dapat mengambil bahagian di dalam kursus-kursus kejurulatihan dan pengendalian organisasi dengan inisitif-inisiatif yang diambil kerajaan dan agensi-agensi.

Tangan yang menghayun buaian juga merupakan tangan yang menggoncang dunia.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus memberikan perhatian dengan mewujudkan lebih banyak peluang kepada golongan wanita dari semasa ke semasa.

Sejujurnya penglibatan jurulatih wanita merupakan penggerak kepada kemajuan negara untuk kekal aktif pada masa hadapan.

Penglibatan jurulatih wanita akan dapat menarik lebih ramai golongan wanita dari segenap lapisan masyarakat agar turut sama menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

Golongan kritikal dan rentan seperti kanak-kanak dan remaja di peringkat komuniti sangat memerlukan jurulatih wanita yang lebih memahami mereka dan boleh berkongsi setiap masalah serta berbincang secara terbuka untuk memajukan diri serta pencapaian yang lebih cemerlang dan gemilang.

Kenali Cikgu Syahirah, si jurulatih wanita yang berbakat besar

Dalam pada itu, penulis ingin kongsikan seorang guru dikenali Cikgu Syahirah Mahiyud-din dari Sekolah Kebangsaan (SK) Ampang, Selangor yang cukup aktif dalam menjalankan aktiviti sukan sebagai jurulatih dan mempunyai latar belakang sukan yang baik semasa di bangku sekolah dan menara gading.

Kemudian, bakat sukan tersebut diteruskan dengan memberikan khidmat bakti sebagai jurulatih kepada pasukan sekolah dan kelab di peringkat komuniti iaitu Musketeers Akademi, Selangor (kelab sukan) malah semangat yang beliau perolehi juga berkat sokongan daripada suami, keluarga dan rakan-rakan sepasukan.

Sementara itu, anak kelahiran Perak ini juga tidak kekok dan tahu menjaga batas susila semasa menjalankan tugas sebagai jurulatih dengan jurulatih lelaki yang lain. Beliau seorang yang ceria dan boleh bekerjasama serta memberikan yang terbaik setiap kali bertugas bersama jurulatih yang lain.

Cikgu Syahirah (kiri) sentiasa mendapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan rakan-rakan sepasukan.
Cikgu Syahirah (kiri) sentiasa mendapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan rakan-rakan sepasukan.

Sentiasa menjaga batas pergaulan dan kekal optimis dalam membawa pasukan untuk lebih maju ke hadapan dan sedia berkongsi ilmu pengetahuan dan pengalaman dengan rakan-rakan setugas dari pelbagai latar belakang yang berbeza.

Penglibatannya juga tidak terhad di peringkat kebangsaan bahkan guru muda ini mampu melibatkan diri di dalam lapangan antarabangsa.

Cikgu Syahirah mampu bekerjasama baik dengan rakan-rakan sepasukan dan merupakan nadi utama penggerak pasukan untuk turut sama aktif di lapangan kejurulatihan dengan merujuk kepada amalan perkongsian ilmu.

Semangat yang diperolehi setiap kali melibatkan diri dalam latihan dan pertandingan harus dipuji serta diberikan penghargaan kerana beliau merupakan wanita yang berjiwa kental.

No Image Caption

Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan serta Bahasa Melayu ini turut bijak membahagikan masa di antara tugasan hakiki, penglibatan aktif di dalam komuniti serta kejayaan yang harus dipuji dalam setiap lapangan yang diceburi.

Ketekunan yang ada dalam dirinya akan terus dapat menarik lebih ramai pemain khususnya di peringkat komuniti untuk bergiat aktif. Sebenarnya, bukan mudah untuk melahirkan seorang jurulatih wanita yang begitu bersemangat dalam mendidik serta melatih pemain.

Inilah kekuatan yang perlu ada dalam setiap pasukan di mana keberadaan jurulatih wanita di dalam kelompok wanita dalam kalangan kanak-kanak dan remaja akan lebih memberikan dampak dan kesan positif terhadap pemain di bawah kendalian mereka sendiri.

Maklumat Penulis

Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan, Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Cheras, Selangor, Cikgu Mohd Nasir Zakaria

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp