Sebahagian kumpulan Pelatih Muda TLDM kemasukan14 Januari 1980 pengambilan 139.
Sebahagian kumpulan Pelatih Muda TLDM kemasukan14 Januari 1980 pengambilan 139.

Ketahui sejarah Pangkalan TLDM Lumut

26 Apr 2024 05:33pm
A
A
A

Nama Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak menjadi sebutan rakyat Malaysia susulan tragedi dua helikopter bertembung dan terhempas di pangkalan itu sehingga mengorbankan 10 pegawainya.

Mereka (mangsa) yang terkorban dari Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) terdiri daripada Komander Muhammad Firdaus Ramli, Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Leftenan Komander Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Pegawai Waran II TLR Muhammad Faisol Tamadun, Pegawai Waran II TNL Noorfarahimi Mohd Saedy, Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar dan Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna.

Manakala dari helikopter AS 555 SN (Fennec) ialah Komander Muhamad Amir Mohamad, Leftenan Sivasutan Thanjappan dan Pegawai Waran II TMK Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

Hari ini, Sinar Bestari tertarik untuk berkongsi mengenai sejarah Pangkalan TLDM untuk pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan pelajar seperti dipetik menerusi laman Facebook Navy The Best.

No Image Caption

Berikut adalah sejarahnya!

Sebelum Pangkalan TLDM di Lumut, Perak beroperasi, mereka (pangkalan TLDM) ketika itu adalah di Woodlands, Singapura.

Kemudian, pada 1 November 1979, TLDM telah berpindah ke pangkalan di Lumut.

Artikel Berkaitan:

Pangkalan yang mula dibina 5 Januari 1973 itu, telah siap sepenuhnya 6 Februari 1983.

Lumut telah dipilih sebagai Pangkalan TLDM, cetusan idea Tan Sri K Thanabalisingam, anak Malaysia pertama dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Laut (Panglima Tentera Laut) pada tahun 1967.

No Image Caption

Beliau telah mencetuskan idea agar TLDM mempunyai pangkalan Tentera Laut di negara sendiri 1969.

Adalah tidak sesuai jika Pangkalan TLDM masih terletak di Singapura yang telah pun keluar dari Malaysia pada 1965.

Serentak itu, Malaysia telah memutuskan rancangan membina pangkalan TLDM yang baru di negara ini.

Dengan kerjasama sebuah firma German F.H.KOCKS KG yang dilantik membuat kajian terperinci mencari sebuah lokasi sesuai untuk sebuah pangkalan TLDM.

Akhirnya pada May 1972, syarikat berkenaan telah memilih Lumut, Perak sebagai lokasi paling strategik untuk sebuah pangkalan TLDM.

No Image Caption

Lumut dipilih sebagai lokasi pangkalan TLDM kerana tanah seluas 1,800 ekar itu sangat sesuai dari sudut geologi, pertahanan dan kedalaman laut.

Antara lokasi lain yang turut disenaraikan ketika itu adalah Kelang, namun dari kajian terperinci dan beberapa faktor yang mendapati Kelang tidak sesuai untuk dijadikan pangkalan TLDM.

‘Naval Study Team’ telah dibentuk dan terdiri daripada dua pegawai TLDM ketika itu iaitu Commander V Ramachandran sebagai Ketua Operasi dan Perancangan serta Lt Cdr T A Scully (Pegawai Kejuruteraan).

Kelulusan diberi oleh kerajaan dan kerja-kerja pembinaan bermula Januari 1973.

No Image Caption

Satu lagi firma German dilantik untuk kajian dan membina Limbugan Kapal TLDM di Lumut iaitu Thyssen Rheinstahl Technik yang akan bekerjasama dengan F.H. KOCKS KG.

Kumpulan pelatih muda pertama yang dilatih di sini pada 14 Januari 1980 adalah kumpulan Pelatih Muda TLDM pengambilan 139/80.

Mereka telah menamatkan latihan 26 Jun 1980 dan merupakan kumpulan pertama di Pangkalan TLDM Lumut.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok