IPGM Kementerian Pendidikan (KPM) merupakan sebuah institusi yang melatih bakal guru-guru sekolah rendah dan menengah.
IPGM Kementerian Pendidikan (KPM) merupakan sebuah institusi yang melatih bakal guru-guru sekolah rendah dan menengah.

Program-program IPG peneraju pendidikan guru

NADZARUL AMIR ZAINAL AZAMNADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
15 May 2023 10:52am

Pendidikan di negara ini adalah suatu usaha berterusan mengembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis.

Usaha berkenaan bertujuan melahirkan rakyat negara ini yang berilmu, berpengetahuan, berketerampilan dan berakhlak mulia, bertanggungjawab serta berkeupayaan mencapai keyakinan diri sekali gus dapat menyumbang kepada keharmonian serta kemakmuran masyarakat juga negara.

Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan (KPM) merupakan sebuah institusi yang melatih bakal guru-guru sekolah rendah dan menengah.

IPG mengendalikan 27 kampus atau lebih dikenali sebagai Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) termasuk satu English Language Teaching Centre (ELTC).

IPG menawarkan sebanyak 11 program utama di IPGK meliputi program persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP), Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian (PISMP), Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI),

Diploma Perguruan Malaysia (PDPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Pensiswazahan Guru (PPG) dan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP), Program Pelajar Cemerlang (PPC) dan Program Intervensi Tambah Opsyen.

Berdasarkan program tersebut, IPG menawarkan dua jenis mod pembelajaran iaitu sepenuh masa dan separuh masa.

Selain itu, IPG mempunyai beberapa kumpulan pelajar yang terdiri daripada tajaan Kementerian Pendidikan (KPM), agensi luar kementerian pendidikan dan kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan:

Justeru, guru pelatih IPGK akan ditempatkan di pelbagai jenis sekolah di seluruh negara apabila menamatkan pengajian.

Sinar Bestari berkongsi beberapa program yang ditawarkan IPG kepada bakal warga pendidik di negara ini.

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru dalam pelbagai bidang bagi memenuhi keperluan KPM untuk melahirkan guru sekolah rendah yang berijazah.
  • Program pengajian yang ditawarkan adalah bertujuan memberi ilmu pengetahuan dan menyediakan pengalaman bagi membolehkan bakal guru mempunyai pengetahuan serta kemahiran asas berkaitan profesion keguruan.
  • Ia ditawarkan di kampus-kampus IPG di seluruh negara.

2. Program Pelajar Cemerlang (PPC)

  • Pelajar akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama empat tahun.
  • Setelah tamat pengajian, graduan akan mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG.

3. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP)

  • Program dikhususkan untuk melatih bakal guru di IPG yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah dan sekolah menengah (mod sepenuh masa).
  • Pemohon dikehendaki mengikuti PDPP selama satu tahun atau tiga semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp