No Image Caption

Jelajah TV PSS Sinar Bestari: Pemangkin Kerjaya Pelajar

19 Aug 2024 11:34am

Setelah hampir setengah tahun Jelajah TV Pusat Sumber Sekolah (TV PSS) Sinar Bestari menakluki 11 buah negeri di sekitar Semenanjung Malaysia, akhirnya 14 Ogos 2024 menjadi tarikh keramat berakhirnya penjelajahan itu.

Melalui bengkel TV PSS Sinar Bestari yang diadakan sebelum ini, pelajar didedahkan dengan kerjaya, etika kewartawanan, pengendalian studio, penggunaan kamera, penulisan skrip, percambahan idea dan lain-lain berkaitan dengan dunia kewartawanan serta penyiaran.

Berakhirnya siri jelajah yang mana Sekolah Menengah Sains Selangor menjadi lokasi akhir, berikutan itu satu Majlis Perasmian Penutupan Jelajah TV PSS 2024 telah diadakan di Dewan Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

Menariknya Perasmian Penutupan Jelajah TV PSS Sinar Bestari yang gilang gemilang itu, membawa konsep sidang media melibatkan Sinar Harian, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Yayasan Bank Rakyat bersama-sama dengan 10 buah sekolah rendah serta menengah yang terpilih.

Jom kita ikuti edisi khas minggu ini yang bertemakan siri Jelajah TV PSS Sinar Bestari!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp