WhatsApp Image 2022-07-06 at 10.35.41 AM
WhatsApp Image 2022-07-06 at 10.35.41 AM

Inisiatif WEZAS UPSI salur bantuan RM1.2 juta kepada pelajar B40

Adlan Farhan Azwan
12 Jul 2022 11:50am
A
A
A

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) meneruskan keprihatinan terhadap kebajikan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah (B40) menerusi inisiatif penubuhan pusat Wakaf Endowment Zakat Khairat dan Sedekah (WEZAS) UPSI sejak 2017.

Menurut Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UPSI, Profesor Madya Dr Norkhalid Salimin, terdapat tiga fokus utama WEZAS iaitu pembangunan pelajar yang dilaksanakan melalui dana zakat, pembangunan fizikal melalui dana wakaf serta pembangunan akademik dan penyelidikan melalui dana endowmen.

“Ketiga-tiga fokus ini adalah penunjuk indeks utama WEZAS bagi tahun 2022 dengan memberi keutamaan pengagihan zakat kepada para mahasiswa B40 agar dapat menjalankan pembelajaran sempurna semasa tempoh pengajian,” katanya ketika Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Litar Sagor, Pasir Salak, Perak, baru-baru ini.

Katanya, menerusi inisiatif wakaf pula, UPSI mengutamakan pembangunan fizikal iaitu prosarana disediakan melalui sumbangan awam manakala pendapatan menerusi endowmen pula ialah menyediakan tajaan dan pembiayaan bagi kecemerlangan akademik dan penyelidikan.

Dalam pada itu, Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, melalui inisiatif itu juga, WEZAS UPSI telah mengagihkan pendapatan hampir RM1.2 juta ringgit pada tahun 2022 kepada golongan warganya yang terdiri daripada pelajar golongan B40, asnaf dan yang memerlukan.

Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi, Fakulti Sains Kemanusiaan UPSI, Nurul Aina Najwa Mohamad Razib, 22, yang menerima sumbangan komputer riba memanjatkan kesyukuran atas pemberian tersebut.

“Alhamdulillah, sebelum ini saya perlu berkongsi penggunaan komputer riba dengan abang untuk menjalani pengajian secara dalam talian, namun saya amat bersyukur dengan adanya komputer riba ini sekaligus menaikkan semangat saya untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita saya,

“Mana tahu selesai pengajian nanti, saya dapat gunakannya dalam pengajian ijazah sarjana pula,” ujarnya.

Artikel berkaitan

Rezeki 84 murid di Melaka terima sepersalinan baju dan duit raya sumbangan warga UTeM

Terima kasih beri peluang sambung belajar, luah siswazah B40

UMT terima sumbangan zakat RM1.3 juta, manfaatkan 2,279 pelajar asnaf


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok