Untitled (2)
Untitled (2)

Pelajar UPM bantu masyarakat setempat usahakan Kebun Komuniti

Mohd Khairi Mohamad Yusri
25 Aug 2021 09:42am
A
A
A

SERDANG – Pelajar tahun akhir, Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM) membantu komuniti mengusahakan aktiviti pertanian bandar menerusi program Service Learning Malaysia - University For Society (SULAM) bertempat di Kebun Komuniti Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Sri Serdang, Selangor.

Menerusi program SULAM ini, pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar sepanjang pengajian di Jabatan Kejuruteraan Biologi dan Pertanian dapat diaplikasi dalam membantu komuniti melalui aktiviti pertanian menegak.

pelajar upm bantu masyarakat Pelajar UPM bantu masyarakat: Pertanian menegak

Pada masa yang sama, penglibatan komuniti dalam pertanian bandar yang diusahakan dalam skala yang kecil dapat menambah sumber keperluan makanan dan menjana pendapatan sampingan terutama ketika mendepani pandemik Covid-19.

Penyelia utama projek, Dr Muhammad Hazwan Hamzah, berkata konsep pertanian menegak yang diperkenalkan dapat menjimatkan ruang dan memberikan hasil pertanian yang lebih pada satu-satu masa.

Ikuti juga kami di:

Instagram: https://www.instagram.com/gpsbestari/

Twitter: https://twitter.com/GPSBestari

Youtube: https://www.youtube.com/c/GPSBestariOfficial/

Menurut beliau, tanaman herba atau sayuran antara tanaman yang sesuai bagi pertanian menegak.

"Aktiviti dijalankan ini bertepatan dengan Dasar Kebun Komuniti Bandar (DKKB) yang bertujuan untuk menggalakkan rakyat dan memperkasa komuniti melalui aktiviti berkebun secara tersusun, sistematik, organik dan mampan di kawasan bandar.

"Menerusi program sebegini, pelajar dapat berkongsi kemahiran mereka dengan komuniti termasuklah aspek reka bentuk struktur pertanian menegak, penanaman anak pokok, pemasangan struktur dan sistem pengairan yang dirancang bersesuaian dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang sedang dijalankan," ujar beliau.

Tambah Dr Muhammad Hazwan, komuniti setempat hanya perlu memantau pertumbuhan pokok dan menuai hasil tanaman untuk kegunaan mereka.

Pelajar UPM bantu masyarakat: Pemasangan pasu dan sistem pengairan titisan pada struktur

Projek yang turut dibantu oleh dua lagi pensyarah iaitu Dr Anas Mohd Mustafah dan Dr Diyana Jamaludin ini mendapatkan sumbangan kewangan daripada pelbagai industri seperti Murum Power, Laman Baginda Resources, Plantsman, Bipnec Sdn Bhd, JZ Bina Enterprise, Anscorp, MaiKebun, Afta Benefigs Sdn Bhd, DRS Empire dan Restu Bonda Agri Resources.

Antara barangan keperluan yang disumbangkan dalam menjayakan aktiviti kebun komuniti ini ialah pasu, anak pokok, baja dan sistem pengairan titisan.

Baca juga: Inisiatif Putra Cakna, bantuan UPM untuk kakitangan yang memerlukan

Baca juga: KEPUTRA, UPM lancar bantuan kepada masyarakat Islam, Filipina, yang terjejas

Secara keseluruhannya, inisiatif kerjasama antara UPM dan pelbagai syarikat swasta ini mampu melonjakkan jaringan industri dan masyarakat serta memperkasa universiti sebagai pusat kecemerlangan pertanian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok