Untitled design (84)
Untitled design (84)

Permohonan Biasiswa Turkiye 2023 kini dibuka

Azleenda Sahaludin
20 Jan 2023 05:45pm
A
A
A

Menyambung pelajaran ke luar negara merupakan satu impian dan cita-cita anak-anak muda yang bergelar pelajar.Ia diibaratkan sambil menyelam minum air kerana boleh menikmati pengalaman berada di negara asing serta mempelajari budaya luar.

Namun dalam usaha mencapai impian tersebut pastinya perlu melalui beberapa halangan dan cabaran lebih-lebih lagi melibatkan soal kewangan.Kini, ia tidak lagi menjadi kerisauan apabila kerajaan Turki menawarkan biasiswa kepada anak-anak Malaysia.

Terbuka kepada semua pelajar Malaysia bagi semua peringkat pengajian antaranya ijazah pertama, ijazah sarjana dan doktor falsafah biasiswa Turkiye dilihat dapat membantu pelajar dari setiap sudut yang melibatkan kewangan sepanjang pengajian.

Selain itu ia turut memberi peluang kepada mereka menerokai Turkiye bagi memperoleh kemahiran dan pengalaman baharu.Untuk itu, Sinar Bestari kongsikan antara tawaran menarik serta syarat kelayakan Biasiswa Turkiye kepada pelajar yang berminat dan layak memohon.

******

Tawaran menarik Biasiswa Turkiye

1) Biasiswa Turkiye menampung yuran pengajian di samping memberi peluang kepada pelajar mempelajari bahasa Turki selama setahun.

2) Ia juga menampung perbelanjaan tiket penerbangan pelajar ke negara itu dan pulang semula ke tanah air pada hujung pengajian.

3) Membolehkan pelajar memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan dengan insuran kesihatan yang disediakan.

4) Memberi duit belanja bulanan mengikut peringkat pengajian iaitu 1,000 TL bagi sarjana muda, 1,400 TL bagi sarjana dan 1,800 TL bagi doktor falsafah.

Syarat kelayakan permohonan

1) Terbuka kepada seluruh warganegara

2) Bagi pemohon program sarjana muda hendaklah berumur bawah 21 tahun manakala program sarjana hendaklah berumur bawah 30 tahun dan program doktor falsafah pula hendaklah berumur bawah 35 tahun.

3) Bagi Biasiswa Penyelidikan pula, pemohon hendaklah berumur bawah 45 tahun.Sekiranya berminat, pelajar boleh membuat permohonan di laman rasmi https://www.turkiyeburslari.gov.tr/applysteps.

Permohonan ini telah dibuka pada 10 Januari lalu sehingga 20 Februari depan.Selamat mencuba!

Artikel berkaitan

Antarabudaya Malaysia menawarkan biasiswa STEM

Permohonan Program Biasiswa Kerajaan Arab Saudi 2023 kini dibuka

Republik Hungary buka peluang biasiswa kepada pelajar

 

 

 

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok