UMT anjur SKAM34, berjaya tarik 150 peserta
UMT anjur SKAM34, berjaya tarik 150 peserta

UMT anjur SKAM34, berjaya tarik 150 peserta

Roshlawaty Md Raieh
16 Sep 2022 11:28pm
A
A
A

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan 34th International Conference of Analytical Science (SKAM34) bagi mencari solusi terbaik melalui penemuan baharu yang telah dijalankan oleh para akademia dari seluruh pelosok dunia.

Dengan mengetengahkan tema ‘Designing Tomorrow: Exploring New Chemistry Breakthrough During Pandemic Era’, persidangan itu berjaya menarik minat hampir 150 peserta yang terdiri daripada wakil universiti, industri, organisasi kerajaan dan bukan kerajaan.

Penganjuran itu merupakan medan perkongsian penemuan baharu tentang penyelidikan dan aplikasi terkini dalam bidang penyelidikan berkaitan sains analisis dan kimia selain membina rangkaian penyelidikan baharu di peringkat antarabangsa.

Naib Canselor UMT, Profesor Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata,  persidangan itu penting bagi melihat trend kimia sepanjang dunia dilanda wabak Covid-19.

“Seperti yang kita ketahui, Covid-19 telah membawa kesan yang besar di seluruh dunia yang menjejaskan pelbagai sektor dengan ketara.

“Oleh itu, penganjuran ini penting bagi melihat perbezaan dan perbandingan ketika dunia dilanda pandemik.

“UMT akan sentiasa berusaha memberikan yang terbaik dalam menyokong dan menawarkan perkhidmatan dan kepakaran yang dimiliki untuk manfaat manusia di peringkat global. Justeru, kami mengalu-alukan kerjasama dengan komuniti, industri, agensi, universiti dan entiti lain yang berkaitan untuk menjalinkan rangkaian kolaborasi untuk manfaat bersama,” katanya.

Artikel berkaitan 

UMT jayakan World Oceans Week sebagai tanda sokongan terhadap kempen

UMT, Yayasan KRU jalin kerjasama dalam bidang keusahawanan dan industri kreatif

Pelajar Kolej GENIUS@Pintar Negara UKM cemerlang di World Scholar’s Cup Global Round 2022


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok