no image

Lengkapi graduan dengan akademik dan skil pelbagai aspek

Mohd Khairi Mohamad Yusri
12 Aug 2021 07:16pm
A
A
A

Selain daripada kepujian dalam bidang akademik, skil juga merupakan perkara utama yang sangat diperlukan dalam industri pekerjaan ketika ini.

Oleh itu, usaha Universiti Taylor melancarkan ekosistem Taylor’sphere bagi meningkatkan kebolehpasaran dan meningkatkan budaya keusahawan graduan mereka wajar mendapat perhatian ramai.

Menurut Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademiknya, Profesor Dr Pradeep Nair, beliau percaya bahawa kelayakan akademik sahaja tidak mencukupi untuk para graduan tetapi mereka juga perlu dilengkapi dengan kemahiran hidup serta kreativiti untuk menyelesaikan masalah.

Baca juga: Pelajar Jurusan Perakaunan ditawarkan dermasiswa 1 juta

“Ekosistem ini akan menggalakkan pelajar mengembangkan kemahiran hidup yang tepat dan berkolaboratif dalam pelbagai disiplin untuk menyelesaikan masalah di dalam komuniti serta meniru cara industri hari ini beroperasi.

Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Universiti Taylor, Professor Dr Pradeep Nair

"Saya percaya universiti ini merupakan universiti pertama di Asia yang menilai pelajarnya dalam semua aspek iaitu komunikasi, kerja berpasukan, pemikiran kritis dan kemahiran kepemimpinan.

“Malah graduan dari universiti ini juga akan membawa keluar dua transkrip akademik iaitu Taylor’s Graduate Capabilities dan juga sijil akademik mereka,"kata Pradeep.

Baca juga: Mohon pelajar berdisiplin Ini kata Presiden i-Guru berkenaan PdPR yang bakal dilaksanakan semula

Baca juga: Sedekad kendali koperasi sekolah SMKAKL, Cikgu Siti Rohani bantu terap aspek keusahawanan kepada pelajar

Pengarah bersama Taylor's Me.reka Makerspace (TMM), Mike Choong Wai Keng, menambah bahawa semua pelajar akan dapat merasai pengalaman praktikal sejak dari tahun pertama melalui usaha kerja sama di seluruh fakulti sehingga tahun terakhir mereka, bagi meningkatkan kebolehpasaran di alam pekerjaan.

graduan Taylor menggunakan modul keusahawanan dan mendapatkan panduan daripada pasukan Me.reka Makerspace Semua pelajar Taylor akan menggunakan modul keusahawanan dan mendapatkan panduan daripada pasukan Me.reka Makerspace

“Malah, Pasukan TMM juga akan menjadi mentor dan menasihati pelajar dalam projek yang dilakukan. Dengan ini mereka mempunyai ruang dan sumber untuk membina prototaip tersendiri.

Ikuti GPSBestari di twitter

“Manakala, bagi pelajar yang mempunyai idea perniagaan, mereka juga layak untuk mengikuti inkubator ‘startup’ BizPod yang akan membimbing pelajar mengenai peluang pembiayaan serta membantu meningkatkan perniagaan mereka,” katanya dalam pelancaran maya tersebut.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok