LOGO-sapc2021
LOGO-sapc2021

UPM dan UTM wakil Malaysia di SAPC 2021, galakkan penyelidikan dan pembangunan produk enau

Adlan Farhan Azwan
22 Feb 2022 06:00pm
A
A
A

Persatuan Pembangunan dan Industri Enau Malaysia (PPIEM) baru-baru ini telah menganjurkan International Conference on Sugar Palm and Allied Fibre Polymer Composites (SAPC2021) bagi menggalakkan penyelidikan dan pembangunan, serta perkhidmatan profesional berasaskan produk enau di Malaysia.

SAPC2021 buat pertama kalinya diadakan pada skala antarabangsa membawa tema ‘Innovation for Sustainable Advanced Natural Fibre’.

Mewakili Malaysia ke persidangan tersebut adalah Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Fakulti Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Baca juga

Kerjasama UTM, Ericsson, DNB perkasa penggunaan 5G dalam pendidikan

UMK dan UiTM meterai MoA program dwi ijazah

Persidangan kali ini dianjurkan bersama dengan sembilan lagi organisasi di luar negara termasuklah Universidade Estadual de Londrina, Brazil; Technical University of Liberec, Republik Czech; Kalasalingam Academy of Research and Education, India; Andalas University, Indonesia; National Textile University, Pakistan dan King Mongkut’s University of Technology North Bangkok, Thailand.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, hasrat SAPC 2021 adalah bagi menyediakan platform perkongsian ilmu dalam penyelidikan dan teknologi komposit polimer enau serta gentian seumpamanya untuk para akademik, penyelidik, penyedia dasar dan syarikat swasta.

“Antara skop yang dibincangkan pada persidangan kali ini ialah komposit diperkuatkan enau, komposit gentian semula jadi, teknologi biokomposit, produk-bio dan biokomposit pembuatan termaju,” katanya.

Melalui SAPC2021, diharapkan penyertaan seramai 130 orang dari 33 buah organisasi membabitkan 11 buah negara ini dapat menyediakan platform yang lebih dinamik dalam membangun enau dan gentian seumpamanya di persada Malaysia mahupun antarabangsa.

Sebanyak enam anugerah dianugerahkan kepada para peserta yang telah mempamerkan kecemerlangan dalam pembentangan dan penyediaan manuskrip.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

Dalam pada itu, satu anugerah baharu telah diperkenalkan yang dinamakan ‘Anugerah Mohd Sapuan’. Anugerah ini akan disampaikan kepada para peserta yang mendapat markah tertinggi untuk kedua-dua pembentangan dan penyediaan manuskrip.

Pemenang anugerah bagi kesemua kategori yang ada bakal menerima wang tunai bernilai sekitar RM800 sehingga RM1,200.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok