Sebahagian mahasiswa Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Reka Bentuk Fesyen, Taylor’s University yang menyertai 'THE SHOW' di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.
Sebahagian mahasiswa Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Reka Bentuk Fesyen, Taylor’s University yang menyertai 'THE SHOW' di Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

39 reka cipta inovatif mahasiswa Taylor’s University dipertonton sempena ‘THE SHOW'

ROSHLAWATY MD RAIEH
21 Jul 2023 12:00pm
A
A
A

Baru-baru ini, Taylor’s University menjalin kerjasama akademik dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) sekali gus menganjurkan ‘THE SHOW’, Pertunjukan Fusion Fesyen yang merupakan sebuah eksperimen gabungan seni, fesyen, kelestarian dan teknologi.

Berlangsung di universiti itu yang terletak di Subang Jaya, Selangor, ‘THE SHOW’ menyaksikan 39 reka cipta inovatif yang mencabar norma tradisional fesyen hasil ciptaan mahasiswa Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Reka Bentuk Fesyen, Taylor’s University.

Rekaan mereka telah dipertontonkan kepada orang ramai yang terdiri daripada penggemar fesyen, profesional industri dan media.

Menurut Pengarah Program Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Reka Bentuk Fesyen Taylor’s, Maria Sandra Wijaya, 'THE SHOW' menjadi pengalaman transformatif kepada para pengunjung.

“Selain itu, kumpulan mahasiswa Teknologi Reka Bentuk Fesyen juga berjaya memanfaatkan keupayaan unik mereka untuk menyepadukan teknologi termaju ke dalam reka bentuk mereka dengan visi artistik.

“Reka bentuk bijak ini menekankan gabungan fesyen dan teknologi; mendorong aspek kreativiti dan ketukangan lebih jauh untuk mentakrifkan semula masa depan industri,” ujarnya.

No Image Caption

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor merangkap Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Profesor Dr Pradeep Nair berkata, Ijazah Teknologi Reka Bentuk Fesyen yang ditawarkan Taylor’s Design School direka berbeza daripada program fesyen lain.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, ‘THE SHOW' adalah contoh utama bagaimana mereka menggabungkan pembelajaran berdaya teknologi seperti pengimbas badan dan pendekatan berasaskan impak ke dalam ijazah teknologi fesyen.

Adakan Show and Tell Press Segment

Sebelum berlangsungnya ‘THE SHOW’, Taylor’s University terlebih dahulu mengadakan acara Show and Tell Press Segment di Mayamode iaitu sebuah studio fesyen di universiti berkenaan bagi mempersembahkan Pod Fesyen 3D pertama negara.

Teknologi pengimbasan badan 3D membantu pengimbasan badan yang jitu dan pengukuran digital, meningkatkan kelajuan pengeluaran, menghapuskan sampel fizikal, mengurangkan kos membuat sampel dan mengurangkan sisa bahan, lalu menjanakan proses pengeluaran fesyen yang lebih mampan.

No Image Caption

Acara yang mendapat kerjasama Puspamara Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pengeluar pakaian terkemuka sejak 1970-an bertujuan memenuhi proses fesyen yang berkembang berikutan penyelidikan pembangunan produk yang meluas.

“Kami kini bergerak ke hadapan sebagai peneraju dalam pembangunan pakaian digital menggunakan pengimbasan badan 3D dan teknologi Reka Bentuk Bantuan Komputer (CAD),” kata Pengarah Puspamara Sdn Bhd, Ibrahim Aiman Mohd Nadzmi.

Seterusnya, penyepaduan Pod Fesyen 3D dan teknologi CLO 3D, alat CAD akan melengkapkan lagi kemudahan teknologi terkemuka di Mayamode, memperkasa fesyen maya dan pakaian yang dibuat mengikut ukuran.

Selain daripada memperkasakan institusi pendidikan untuk menerapkan teknologi dalam bidang pendidikan, Pod Fesyen 3D juga melengkapkan Kempen Saiz Kebangsaan Malaysia.

Diketuai oleh Felo Penyelidik di The Design School, Ts Dr Norsaadah Zakaria dan dengan minat Jabatan Standard Malaysia di bawah bidang kuasa Kementerian Pelaburan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), kempen ini bertujuan untuk menganalisis dan mengumpul ukuran data badan rakyat Malaysia untuk membangunkan sistem saiz standard kebangsaan pertama yang akan memberi manfaat kepada pengguna Malaysia dan industri pakaian.

No Image Caption

Persiapan graduan menghadapi dunia kerjaya

Taylor’s University terus menjadi pelopor dalam pendidikan fesyen, memperkasakan penuntut untuk menerima kemajuan teknologi dan meneroka wilayah yang belum dipetakan.

'THE SHOW’ berfungsi sebagai bukti sebenar komitmen universiti dalam memupuk generasi peneraju fesyen akan datang melalui kecemerlangan pendidikan dan dalam membentuk masa depan industri fesyen.

No Image Caption

Malah, ‘THE SHOW' juga menyaksikan kerjasama dengan SUB International Beauty School untuk menyediakan perkhidmatan rambut dan solek, kasut penajaan ZALORA, OXWHITE untuk baucar hadiah tetamu, Art of Botanicals Cocktail yang disediakan oleh Bombay Sapphire dan perkongsian jangka panjang dengan Komuniti Tukang Jahit bagi menganugerahkan seorang penuntut dengan Anugerah Reka Bentuk Mampan Inovatif merentas empat konsep fesyen.

Konsep fesyen tersebut adalah Geometri Organik yang menggabungkan bahan dan warna untuk membentuk struktur dan bentuk pakaian; Fesyen Tidak Konvensional menggunakan seni media campuran untuk mencipta tekstur dan kedalaman; Fesyen Berlapis yang melapisi setiap bahagian tekstil dan Morphe Tanpa Jantina yang berubah menjadi reka bentuk boleh bertukar.

Tidak ketinggalan, ‘THE SHOW' turut menyaksikan kerjasama antara pelbagai jurusan merentas Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan Riadah melalui persembahan yang menarik, hidangan kanape dan pameran arca seni diperbuat sepenuhnya daripada coklat, aising dan bahan makanan yang boleh dimakan.

Untuk maklumat lanjut mengenai program Sarjana Muda (Kepujian) Teknologi Reka Bentuk Fesyen Taylor’s University, boleh klik [DI SINI].

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok