Mahasiswa tahun akhir Program Ijazah Akuakultur dapat meraih pengalaman secara langsung melibatkan pelbagai kaedah-kaedah akuakultur dan teknologi terkini dalam bidang berkenaan.
Kredit foto: Sabah News
Mahasiswa tahun akhir Program Ijazah Akuakultur dapat meraih pengalaman secara langsung melibatkan pelbagai kaedah-kaedah akuakultur dan teknologi terkini dalam bidang berkenaan. Kredit foto: Sabah News

8 mahasiswa UMS jalani latihan industri akuakultur di Jepun

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
08 May 2023 05:39pm

Latihan industri satu cabang ilmu yang memberi peluang kepada penuntut institut pengajian tinggi (IPT) untuk mengaplikasi setiap ilmu yang diterima semasa sesi pembelajaran di dalam kuliah.

Ia juga dilihat sebagai salah satu persediaan awal kepada mereka sebelum memasuki alam pekerjaan bagi merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar.

Inilah yang dipraktikkan oleh lapan mahasiswa Institut Penyelidikan Marin Borneo (BMRI) dan Fakulti Sains dan Sumber Alam Universiti Malaysia Sabah (UMS) apabila terpilih menjalani latihan industri akuakultur selama tiga bulan di Jepun.

Ketua Program Akuakultur BMRI UMS, Profesor Madya Dr Abentin Estim memaklumkan, mahasiswa-mahasiswa berkenaan telah ditempatkan di Nagasaki Eel Farm, Olive Suissan dan Tanoura Fisheries Cooperative yang cukup dikenali dengan kejayaan dalam bidang akuakultur.

Kata beliau, latihan industri di negara matahari terbit itu bermula 3 Mei lalu dan akan berakhir pada 25 Julai depan.

“Melalui program ini, mahasiswa-mahasiswa yang merupakan kumpulan pelajar tahun akhir Program Ijazah Akuakultur dapat meraih pengalaman secara langsung melibatkan pelbagai kaedah-kaedah akuakultur dan teknologi terkini dalam bidang berkenaan.

“Kita juga benar-benar berharap dapat melihat mahasiswa-mahasiswa ini mengaplikasikan ilmu yang diperoleh bagi membantu industri negara apabila mereka kembali ke tanah air nanti.

“Mereka ini merupakan kumpulan mahasiswa akuakultur ke-20 yang menerima manfaat daripada kesediaan industri dan institusi di Jepun untuk menjalinkan kerjasama,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Tambah Abentin, mereka bukan sahaja mendalami ilmu tentang bidang akuakultur tetapi turut berpeluang mempelajari tradisi, kebudayaan serta etika profesional masyarakat Jepun sepanjang berada di sana.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp