Segelintir kelompok menyebarkan berita atau maklumat palsu berpaksikan keuntungan dan meraih populariti. Gambar kecil: Wan Rabiatul Adawiah.
Segelintir kelompok menyebarkan berita atau maklumat palsu berpaksikan keuntungan dan meraih populariti. Gambar kecil: Wan Rabiatul Adawiah.

Limpahan penyebaran berita palsu

WAN RABIATUL ADAWIAH WAN HAMAD
10 Jan 2024 07:00am
A
A
A

Dalam era globalisasi serba moden ini, wujud pelbagai teknologi moden yang meluaskan jaringan sesuatu maklumat tanpa had.

Di sekeliling kita, manusia lebih banyak berintekasi di alam maya berbanding secara bersemuka.

Ia kerana sumber atau berita yang disiarkan menerusi platform maya dan ia boleh diakses menerusi telefon pintar masing-masing seperti WhatsApp, Instagram, Facebook, YouTube dan sebagainya.

Pelayar hanya perlu memuat turun maklumat yang mereka ingin baca, dengar dan lihat tidak kira tempat mahu pun waktu. Hal ini menyebabkan berlakunya limpahan berita palsu kerana tidak semua maklumat ditapis.

Jika sesuatu perkhabaran itu adalah benar, maka ia baik bagi yang menerimanya, namun andai sebaliknya akan menimbulkan kepada percanggahan dan permusuhan.

Kehidupan bermasyarakat kini tidak lekang daripada membicarakan isu-isu keburukan atau gosip. Keadaan itu akan merenggangkan silaturahim sesama manusia.

Keadaan sekarang lebih teruk apabila segelintir kelompok yang menyebarkan berita atau maklumat palsu berpaksikan keuntungan serta ingin meraih populariti semata-mata.

Kesannya, masyarakat akan menjadi kucar-kacir dan berpecah-belah walaupun hanya di alam maya.

Artikel Berkaitan:

Masyarakat perlu ditekankan tentang adab atau sikap ‘tabayyun’ agar tidak terjerumus dalam kancah fitnah termasuk mengelak daripada peneriman berita palsu.

Umat Islam sering lupa bahawa ALLAH SWT telah berfirman bahawa perlu bersikap hati-hati dengan cara meneliti dan mencari sesuatu bukti yang berkait dengan isu yang akan menjadi tuduhan atau yang melibatkan identiti seseorang. Jika tidak yakin tentang sesuatu perkara itu, tinggalkanlah dan jangan sebarkan sehingga tahu tentang kesahihan berita tersebut.

Demikianlah akhlak dan prinsip al-Quran untuk sentiasa bersangka baik dan tidak gopoh dalam membuat kesimpulan akan sesuatu perkhabaran.

Antara cara yang boleh digunakan untuk mengelak sebarang agenda atau perkara yang tidak baik berlaku seperti fitnah, menipu dan memburukkan seseorang ialah dengan melakukan konsep tabayyun (semak asas kebenaran).

Seseorang itu perlu meneliti dan memastikan terlebih dahulu kebenaran dan ketepatan sesuatu informasi.

Imam Syaukani berkata; “Yang dimaksudkan dengan tabayyun adalah memeriksa dengan teliti dan yang dimaksudkan dengan tatsabbut adalah berhati-hati dan tidak tergesa-gesa, melihat dengan keilmuan yang dalam terhadap sebuah peristiwa dan kabar yang datang, sampai menjadi jelas dan terang baginya.”

Itulah sebab ALLAH SWT memerintahkan supaya menyelidik serta mendapat kebenaran berita yang disampaikan seseorang. Ini kerana bagi mengelakkan daripada terjadinya perkara yang tidak diingini berlaku.

Akhlak dan prinsip yang terkandung dalam al-Quran mengajar manusia sentiasa bersangka baik dan tidak terburu-buru dalam membuat kesimpulan dalam sesuatu perkhabaran.

Oleh itu, perkhabaran yang benar dan maklumat yang tepat menjadikan kita sebagai seorang yang mampu untuk menilai, berfikir dan yang paling penting bertindak di atas asas kebenaran yang kukuh dan menepati kehendak umum.

Maklumat Penulis

Mahasiswa Tahun 3, Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Universiti Malaya, Wan Rabiatul Adawiah Wan Hamad

Berbakat dalam bidang penulisan? Apa kata anda sumbangkan hasil karya ke e-mel sinarbestari@sinarharian.com.my

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok