PKS Kor Sispa UiTM Shah Alam sedang mengikuti Ujian Penilaian PPP di pekarangan Pejabat Pentadbiran Kor Sispa UiTM, Sabtu lalu.
PKS Kor Sispa UiTM Shah Alam sedang mengikuti Ujian Penilaian PPP di pekarangan Pejabat Pentadbiran Kor Sispa UiTM, Sabtu lalu.

Pengalaman urus PPS melalui simulasi

19 Jan 2024 07:00am

Seramai 37 Pegawai Kadet Sispa (PKS) Pertengahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor Sispa), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor telah mengikuti Ujian Penilaian Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP) di pekarangan Pejabat Pentadbiran Kor Sispa UiTM Shah Alam, Sabtu lalu.

PKS Pertengahan, Muhammad Radzmawy Abdullah berkata, penilaian PPP itu untuk menguji kefahaman mereka mengendali dan menguruskan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) ketika berlakunya bencana.

Menurutnya, ujian penilaian itu bukan sahaja terhad kepada bencana banjir tetapi PPS juga akan dibuka sekiranya berlaku kejadian tidak diingini seperti tanah runtuh, kebakaran, banjir termasuklah peperangan.

"PKS Pertengahan dinilai secara bertulis dan simulasi oleh para pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dari Akademi Latihan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (ALPHA), Bangi.

"Melalui ujian teori, mereka diuji dengan kefahaman dan pengetahuan Arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) No.20: Dasar dan Mekanisma Pengurusan Bencana Negara, akta-akta serta punca kuasa berkaitan, pembahagian tugas, tugas dan peranan setiap AJK terlibat dan gerak kerja dalam menguruskan PPS," katanya kepada Sinar Bestari pada Khamis.

Muhammad Radzmawy berkata, PKS Pertengahan juga diuji melalui simulasi PPS dimana mereka dikehendaki untuk merancang dan menguruskan PPS mereka mengikut situasi yang telah diberikan.

"Melalui simulasi ini, mereka dinilai melalui keterlibatan dan tadbir urus mereka dengan menjalankan fungsi dan peranan mereka mengikut AJK yang telah ditetapkan.

“Kesemua PKS Pertengahan dibahagikan kepada beberapa AJK dan mereka menjalankan tugas dengan baik sekali.

Artikel Berkaitan:

"Mereka faham akan gerak kerja masing-masing dan dengan bantuan simulasi ini dapat merasai sendiri pengalaman dari mula merancang, set up, mengurus sehinggalah mengemas dan membersihkan kawasan PPS tersebut,” tambah beliau lagi.

Ujian PPP adalah salah satu kursus wajib diikuti PKS sebelum layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.
Ujian PPP adalah salah satu kursus wajib diikuti PKS sebelum layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.

Sementara itu, jurulatih Kor Sispa UiTM Shah Alam, Leftenan M (PA) Mohd Jannatul Naim Baharudin berkata, usaha tersebut merupakan perkembangan pembelajaran yang positif dalam diri PKS Pertengahan.

"Sebelum sesi penilaian ini diadakan, PKS Pertengahan terlebih dahulu dikehendaki membuat perbentangan berkaitan bidang tugas mereka semasa pengoperasian PPS mengikut AJK masing-masing.

“Untuk semester tiga, mereka didedahkan dengan ilmu Pengurusan Pusat Pemindahan (PPP). Kefahaman mereka dalam PPP bukan sahaja diuji secara teori, malah turut diuji dengan simulasi pengoperasian Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

"Melalui simulasi pengoperasian PPS ini, saya lihat mereka menerapkan beberapa nilai murni dan kemahiran insaniah termasuk kemahiran berkomunikasi, bekerjasama, kerja berpasukan, toleransi, bertolak ansur dan sebagainya”, ujarnya.

Untuk rekod, Ujian PPP merupakan salah satu kursus wajib yang perlu diikuti PKS sebelum layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp