Kursus Kepimpinan Muda anjuran IPDM, UUM disertai murid Tahun Satu hingga Tahun Enam dari SK Perik.
Kursus Kepimpinan Muda anjuran IPDM, UUM disertai murid Tahun Satu hingga Tahun Enam dari SK Perik.

70 murid timba pelbagai ilmu dan pengalaman menerusi Kursus Kepimpinan Muda

ROSHLAWATY MD RAIEH
04 Sep 2023 11:56am
A
A
A

Seramai 70 murid Tahun Satu hingga Tahun Enam Sekolah Kebangsaan (SK) Perik, Kuala Nerang, Kedah mengikuti Kursus Kepimpinan Muda anjuran Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM), Universiti Utara Malaysia (UUM) baru-baru ini.

Kursus Kepimpinan Muda yang diadakan di sekolah terbabit disertai barisan murid yang menggalas tanggungjawab sebagai Ketua dan Penolong bagi jawatan Pengawas, Kelas, Pusat Sumber Sekolah dan Persatuan.

Menurut Pengarah IPDM, Profesor Madya Dr Rohafiz Sabar, Kursus Kepimpinan Muda itu bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan kepimpinan masa depan di samping berkongsi gambaran awal berkenaan aktiviti pembelajaran di UUM.

Selain itu, kursus juga membantu murid-murid mendapat nilai tambah dalam pelbagai ilmu pengetahuan menerusi perkongsian pakar dari IPDM.

Sambung Rohafiz, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan kepada peserta yang mengikuti kursus yang berlangsung pada jam 9 pagi hingga 1 tengah hari itu.

No Image Caption

Antara aktivitinya adalah pembentangan, kemahiran memimpin, membina pasukan, pertandingan kuiz, mewarna, melukis potret kemerdekaan dan bergotong-royong memasak bubur Asyura.

Beliau berkata, pihaknya menerima banyak maklum balas positif menerusi penganjuran Kursus Kepimpinan Muda tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Sambutan baik dalam kalangan peserta dan warga sekolah sememangnya di luar dugaan kami.

“Insya-ALLAH, kami akan terus mengadakan Kursus Kepimpinan Muda dan terbaharu, SK Kubang Palas, Kuala Nerang, Kedah telah dipilih sebagai destinasi seterusnya untuk pelaksanaan kursus bermanfaat berkenaan,” ujarnya ketika hadir di majlis tersebut pada Selasa.

Hadir sama, tiga Felo Penyelidik UUM iaitu Profesor Madya Dr Jauriyah Shamsudin, Al-Hanisham Muhd Khalid dan Muhammad Ridzuan Bos Abdullah.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok