Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan destinasi lawatan sambil belajar warga SK Rumbia
Kuala Lumpur dan Putrajaya merupakan destinasi lawatan sambil belajar warga SK Rumbia

Lawatan sambil belajar tingkat pengetahuan baharu 83 murid SK Rumbia

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
07 Mar 2023 06:44pm

Negara ini mempunyai banyak lokasi cantik yang dapat menarik perhatian guru dan murid untuk dijadikan destinasi pelancongan.

Salah satu tempat yang sering menjadi kunjungan ramai adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Baru-baru ini Sekolah Kebangsaan (SK) Rumbia, Alor Gajah, Melaka, telah mengadakan lawatan sambil belajar ke negeri itu.

Lawatan anjuran Unit Hal Ehwal Murid (HEM) serta Panitia Matematik dan Sains disertai 83 murid Tahun Empat dan Lima dari sekolah tersebut.

Turut serta dalam lawatan sehari itu adalah lapan guru termasuk Guru Besar, Mohd Isa Barum dan Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Melaka, Irmadila Mat Ismail.

Sebahagian murid yang mengikuti program lawatan anjuran Unit HEM serta Panitia Matematik dan Sains.
Sebahagian murid yang mengikuti program lawatan anjuran Unit HEM serta Panitia Matematik dan Sains.

Guru Penyelaras Lawatan, Mohd Yusazli Md Yusof berkata kepada Sinar Bestari, objektif lawatan adalah menambahkan ilmu pengetahuan dan pengajaran; memberikan suatu pengalaman dan suasana yang baru serta menerapkan nilai-nilai murni kepada semua peserta sama ada secara langsung atau tidak.

Selain itu, ia juga bertujuan meningkatkan motivasi murid supaya lebih berdaya saing dalam mencapai kejayaan dan pengalaman baharu.

Artikel Berkaitan:

Kongsi Cikgu Mohd Yusazli lagi, sesi lawatan bermaklumat, mereka telah mengunjungi beberapa tempat menarik seperti Pusat Sains Negara, Beryl's Chocolate & Confectionery Sdn Bhd, Muzium Negara dan Masjid Putra, Putrajaya.

“Setiap tempat yang dilawati, murid-murid didedahkan dengan pengetahuan baharu tentang lokasi itu. Misalnya Muzium Negara yang berperanan sebagai penyimpan arkib sejarah yang memberikan maklumat kepada umum berkaitan perlembagaan dan sejarah bangsa negara.

“Peserta memahami, menyaksikan dan mempelajari sejarah serta artifak yang berkaitan dengan sejarah ketamadunan Melayu, Asia dan Islam di tanah air.

“Mereka bereksplorasi dari satu galeri ke galeri yang lain dan merakam gambar untuk menjadi pembelajaran dan kenangan kelak. Kemudian, para peserta diberikan tugasan ringkas untuk membuat buku skrap berkaitan sejarah hasil daripada bahan-bahan yang diperolehi di Muzium Negara,” jelasnya.

No Image Caption

Sementara itu, Cikgu Mohd Isa berkata, lawatan sambil belajar ke Kuala Lumpur dan Putrajaya memberi kebaikan kepada semua murid di mana mereka mampu bercerita pengalaman dan keseronokan kepada ibu bapa dan rakan-rakan lain.

“Lawatan ke Beryl's Chocolate & Confectionery juga mendidik murid menyimpan dan menabung seterusnya berhemah ketika membeli cenderahati dan mempraktikkan pengiraan kos (yang dipelajari dalam subjek Matematik) sebelum membuat bayaran dengan tepat,” ujarnya.

Beryl's Chocolate & Confectionery turut dikunjungi oleh peserta lawatan.
Beryl's Chocolate & Confectionery turut dikunjungi oleh peserta lawatan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp