PROKILA 2023 anjuran SK Parit mendapat sambutan semua pihak antaranya warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat.
PROKILA 2023 anjuran SK Parit mendapat sambutan semua pihak antaranya warga sekolah, PIBG dan komuniti setempat.

Menjaga kebersihan alam sekitar menerusi PROKILA 2023

ROSHLAWATY MD RAIEHROSHLAWATY MD RAIEH
25 Oct 2023 04:16pm

Baru-baru ini, Sekolah Kebangsaan (SK) Parit, Perak melancarkan Program Kitar Semula (PROKILA) 2023 di sekolah tersebut dengan dihadiri seluruh warga sekolah dan komuniti setempat pekan Parit.

Guru Besarnya, Hamzah Zakaria berkata, PROKILA 2023 diadakan dengan tujuan mewujudkan landskap tananam berinformasi, ceria dan lestari serta projek kitar semula.

Ia juga berobjektif mengaplikasi informasi dan amalan Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K), membina keyakinan warga sekolah sebagai duta kemenjadian dan menjalin hubungan kolaboratif dengan agensi serta sekolah lain.

“Menerusi objektif ini, para murid telah diberikan pendedahan secara terperinci mengenai faedah dan kesan menjaga kebersihan alam sekitar.

Cikgu Hamzah (kiri) hadir pada pelancaran PROKILA 2023 baru-baru ini.
Cikgu Hamzah (kiri) hadir pada pelancaran PROKILA 2023 baru-baru ini.

“Malah mereka juga diberi maklumat tentang barang-barang terpakai yang sememangnya boleh dikitar semula demi manfaat jangka panjang kepada kehidupan sekali gus untuk kesejahteraan bumi hijau kita,” katanya kepada Sinar Bestari.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Parit, Haminudin Ropa’ai melahirkan rasa bangga dan berbesar hatinya dengan projek di jalankan pihak sekolah yang dilihat dapat memberikan kesan kesedaran mendalam terhadap aptitut murid secara keseluruhannya.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

“Satu program dan pendedahan yang sangat bagus untuk diketengahkan kepada murid dan masyarakat.

“Insya-ALLAH, saya dan ahli PIBG serta ibu bapa lain akan terus menyokong dan memberikan kerjasama yang padu demi anak anak didik SK Parit,” katanya selepas merasmikan PROKILA 2023 itu.

Hasil jualan minyak masak terpakai akan disalurkan kepada Kelab Robotik dan Inovasi sekolah untuk penganjuran program kelak.
Hasil jualan minyak masak terpakai akan disalurkan kepada Kelab Robotik dan Inovasi sekolah untuk penganjuran program kelak.

Terdahulu, simbolik pelancaran PROKILA 2023 telah dilakukan pihak sekolah dengan menggunakan robot (kereta control) dan tong kitar semula.

Semasa pelancaran tersebut itu berlangsung, turut di adakan penyerahan minyak masak dari wakil ibu bapa kepada pihak sekolah kerana SK Parit menyediakan hub pengumpulan minyak masak.

Mengulas lanjut mengenai pengumpulan minyak masak berkenaan, Cikgu Hamzah berkata, proses tersebut membabitkan kumpulan murid di sekolahnya.

“Pada setiap pagi Jumaat, murid-murid akan menyumbang minyak masak terpakai yang di kumpulkan selama seminggu di rumah dan di serahkan kepada pihak sekolah untuk di jual.

“Kemudian, hasil jualan tersebut akan disalurkan kepada Kelab Robotik dan Inovasi sekolah untuk penganjuran program akan datang.

No Image Caption

“Selain itu, SK Parit juga mengadakan projek tanaman herba yang menggunakan inovasi air wuduk sebagai siraman dan penggunaan baja kompos. Seterusnya, anak pokok dan hasil tanaman akan di jual kepada warga sekolah serta masyarakat sekitar,” ungkapnya.

Akhir sekali, Cikgu Hamzah menitipkan harapan terhadap program PROKILA 2023 agar ia dapat memberi faedah berterusan ke arah kelestarian yang mampan untuk episod-episod kehidupan di masa depan.

"Melalui program kitar semula minyak masak terpakai ini, saya doakan SK Parit akan menjadi contoh kepada sekolah-sekolah lain di daerah Perak tengah untuk menyediakan hub penyimpanan minyak masak terpakai.

"Bukan itu sahaja, selain dapat memupuk amalan kitar semula dalam kalangan anak anak murid, kutipan minyak masak ini juga memberi sumber kewangan kepada program-program di sekolah," katanya dengan menambah hasil jualan yang terkumpul semuanya disalurkan kepada Persatuan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) sekolah bagi kegunaan pertandingan inovasi dan robotik.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp