Pancaragam Briged Muzik SK Pendang menangi lapan anugerah dalam pertandingan yang diadakan di Street Parade @ Dataran Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Gambar kecil: Cikgu Badrul Shahar
Pancaragam Briged Muzik SK Pendang menangi lapan anugerah dalam pertandingan yang diadakan di Street Parade @ Dataran Pekan Rabu, Alor Setar, Kedah. Gambar kecil: Cikgu Badrul Shahar

SK Pendang menang besar

ROSHLAWATY MD RAIEH
23 Jan 2024 03:08pm
A
A
A

Pancaragam Briged Muzik Sekolah Kebangsaan (SK) Pendang, Kedah mencipta sejarah apabila meraih banyak kemenangan dalam Pertandingan Pancaragam Peringkat Antarabangsa (Malaysia World Band Competition – MWBC) dan Pertandingan Pancaragam Peringkat Kebangsaan (National Band Competition – NATCOMP) 2023, baru-baru ini.

Mereka memenangi lapan anugerah dalam lapan kategori yang dipertandingkan iaitu johan Field Show Band Division 1; johan Battle Band; naib johan Marching Street Parade Band; naib johan keseluruhan Field Show band; tempat ketiga keseluruhan Marching Street Parade Band; Drum Major Terbaik; Konduktor Terbaik dan Pakaian Pancaragam Terbaik.

Guru pembimbing, Cikgu Badrul Shahar Abdul Wahab, 59, melahirkan rasa syukur, bangga dan gembira apabila Pancaragam Briged Muzik mengharumkan nama sekolah dan negara menerusi pertandingan disertai.

“Segala penat lelah menjalani latihan akhirnya berbaloi dengan lapan anugerah yang diperoleh.

“Tahniah, tahniah dan tahniah. Semoga kita akan merangkul lebih banyak lagi kejayaan tahun ini dan akan datang,” ujarnya selaku guru besar SK Pendang.

Cikgu Badrul Shahar mewakili drum major sebagai penerima hadiah naib johan Marching Street Parade Competition - sekolah rendah
Cikgu Badrul Shahar mewakili drum major sebagai penerima hadiah naib johan Marching Street Parade Competition - sekolah rendah

Terdahulu, Pancaragam Briged Muzik SK Pendang turut meraih beberapa anugerah dan pencapaian hebat dalam pelbagai pertandingan sebelum ini.

Antaranya, Konduktor Terbaik Field Show Division 1-Sekolah Rendah (2022); Marching Street Parade Division 1-Sekolah Rendah (Johan 2023); Cabaran Kokurikulum Pancaragam Statik Peringkat Negeri Kedah 2022 dan Majlis Kecemerlangan Kokurikulum Peringkat Negeri Kedah 2022/2023 (tempat keempat Pasukan Badan Unit Beruniform Cemerlang).

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Sejarah penubuhan

Pancaragam Briged Muzik SK Pendang diperkenalkan Cikgu Badrul Shahar yang cukup meminati bidang seni muzik.

Beliau pernah membimbing beberapa pancaragam sekolah lain (ketika berkhidmat sebagai pendidik di sekolah terbabit) sehingga pasukan tersebut meraih bermacam-macam anugerah.

Seramai 85 murid Tahun Empat hingga Tahun Enam menyertai Pancaragam Briged Muzik.

Pasukan ini dilatih 14 guru yang pakar dan berpengalaman dalam bidang muzik.

Anugerah Khas Guru Ikon Pancaragam WMBC dan NATCOMP 2023 dinobatkan kepada Cikgu Badrul Shahar (kanan).
Anugerah Khas Guru Ikon Pancaragam WMBC dan NATCOMP 2023 dinobatkan kepada Cikgu Badrul Shahar (kanan).

Mereka ialah Cikgu Badrul Shahar (ketua), Cikgu Noorul Huda Ayob, Cikgu Zubir Haron, Cikgu Baizura Abu Bakar, Cikgu Anita Zainol, Cikgu Firdaus Azizan dan Cikgu Nurul Aini Hamdan.

Turut serta, Cikgu Che Ropishah Nan, Cikgu Nurulhusna Rashid, Cikgu Tuan Raihan Tuan Mat, Cikgu Saarah Saari, Cikgu Mohamad Zamri Mohd Noh, Cikgu Mohamad Rodzuan Awang dan Shabudin Ibrahim.

No Image Caption

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok