Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid (dua dari kiri) menyampaikan replika sijil kepada Cikgu Mohammad Sabarullah (dua dari kanan) sebagai simbolik SK Permai tersenarai antara tiga Sekolah Terbaik Dunia dalam WBSP bagi kategori Inovasi iaitu menerusi SnET 2.0.
Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid (dua dari kiri) menyampaikan replika sijil kepada Cikgu Mohammad Sabarullah (dua dari kanan) sebagai simbolik SK Permai tersenarai antara tiga Sekolah Terbaik Dunia dalam WBSP bagi kategori Inovasi iaitu menerusi SnET 2.0.

SK Seri Permai tersenarai tiga Sekolah Terbaik Dunia 2023

ROSHLAWATY MD RAIEH
12 Sep 2023 03:53pm
A
A
A

Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Permai, Bayan Baru, Pulau Pinang tersenarai antara tiga Sekolah Terbaik Dunia 2023 pada Pertandingan World Best School Prizes (WBSP) kategori Inovasi menerusi ciptaan Smart and Easy Table (SnET) 2.0.

Pengumuman tersebut dibuat secara langsung daripada T4 Education yang berpangkalan di United Kingdom yang kemudiannya disambut dengan sorakan kuat daripada guru dan murid sekolah berkenaan.

SK Seri Permai mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi satu-satunya sekolah di negara ini yang berjaya mara ke peringkat akhir dan kini berentap dengan dua lagi finalis iaitu Crimson Global Academy New Zealand dan The Riverside School, India.

Kejayaan itu diraih menerusi inovasi meja dan ruang simpanan buku yang bertujuan mengatasi masalah beg berat ke sekolah yang diilhamkan Guru Besar SK Seri Permai, Mohammad Sabarullah Shaik Ismail.

Beliau berkata, inovasi pertama di Malaysia dan di dunia itu bukan hanya menangani masalah beg berat sahaja malah mampu meningkatkan keyakinan dan keseronokan murid untuk hadir ke sekolah.

"Dengan ciptaan tersebut, ia menunjukkan peningkatan penghantaran kerja rumah iaitu daripada 54 peratus kepada 91 peratus selain peningkatan prestasi sekolah kerana berjaya menambahbaik kesejahteraan murid.

"Murid sesi pagi dan petang boleh menyimpan buku di dalam laci masing-masing supaya mereka tidak perlu membawanya lagi pada keesokan harinya. Meja itu juga mempunyai tiga petak di sebelahnya untuk menyusun botol air dan alat tulis," ujar Cikgu Mohammad Sabarullah yang menyampaikan ucapan terima kasih kepada semua pihak termasuk warga sekolah kerana banyak memberi semangat sehingga SK Permai muncul tiga Sekolah Terbaik Dunia 2023 menerusi SnET 2.0.

Artikel Berkaitan:

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok