Microsoft Surface membantu memudahkan proses pembelajaran
Penggunaan teknologi dalam sistem pendidikan hari ini dilihat penting bagi memenuhi keperluan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) seiring dengan kemajuan negara.
Berfungsi membantu golongan pelajar terutamanya murid sekolah rendah dan menengah, ia membuatkan segala maklumat boleh diperoleh tanpa sempadan.
Kini dengan kemunculan Microsoft Surface yang merupakan gabungan komputer riba dan tablet generasi baru dilihat mampu membantu memudahkan urusan pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah.
Menurut perkongsian Pengarah Urusan AR Edutech (M) Sdn Bhd, Abdul Rahman Ali Bashah di media sosial LinkedInnya, Microsoft Surface salah satu teknologi terkini dalam pembelajaran yang bukan sahaja memudahkan malah ia dilihat mampu memberi keseronokan kepada pelajar.
Tambah beliau, pelajar yang didedahkan dengan teknologi berkenaan dilihat lebih jelas dan memahami tentang sesuatu topik dalam pembelajaran.
Untuk itu, Abdul Rahman berkongsi lapan maklumat penting bagaimana Microsoft Surface dapat membantu dalam proses PdP pelajar.
Jom baca!
1) Memudahkan pelajar membuat tugasan sekolah dengan aplikasi Microsoft Office seperti Word, Excel dan PowerPoint.
2) Pelajar dapat mengakses bahan bacaan dan sumber pembelajaran melalui internet dengan menggunakan Microsoft Edge, Microsoft Teams atau Google Classroom.
3) Pelajar juga dapat mengatur catatan serta tugasan dengan menggunakan OneNote.
4) Membantu memudahkan urusan interaksi pelajar dan guru secara dalam talian melalui aplikasi Microsoft Teams.
5) Mengintegrasikan Minecraft Education dalam PdP.
6) Pelajar dapat memahami sesuatu topik pembelajaran dengan lebih baik dengan melihat video belajar dan ia boleh dilihat secara berkala.
7) Pelajar juga didedahkan dengan kaedah pengumpulan dan terjemahan data dengan menggunakan Microsoft Forms.
8) Dengan adanya aplikasi gamifikasi seperti Kahoot!, Classpoint dan Wordwall dapat membantu pelajar lebih memahami tentang sesuatu pembelajaran malah ia juga menyeronokan.