Penat lelah Zuhayr terbalas, akhirnya diterima masuk ke KAA.
Penat lelah Zuhayr terbalas, akhirnya diterima masuk ke KAA.

Cerebral palsy: Zuhayr akhirnya diterima Kelas Aliran Agama

AZLEENDA SAHALUDIN
22 Mar 2024 04:40pm
A
A
A

“Alhamdulillah, akhirnya penat lelah Zuhayr terbalas. Tiada kata dapat diungkapkan melainkan rasa syukur dengan peluang yang diberi ini”.

Itulah yang diungkapkan oleh ibu kepada Tuan Zuhayr Al-Mundzir Tuan Mohd Azreen Azhar, Nornailah Mohd Fadli, 37, selepas memaklumkan kepada Sinar Bestari tentang keputusan rayuan anak istimewanya ke Kelas Aliran Agama (KAA).

Menurut Nornailah, dia menerima khabar baik itu ketika baru sahaja selesai mengendalikan program tadarus al-Quran di tempat kerjaya melalui panggilan telefon daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sepang.

“Sebaik sahaja dapat perkhabaran baik ini, saya terus sujud Syukur. Tidak dapat digambarkan perasaan ketika menerima panggilan telefon berkenaan.

“Insha-ALLAH, Isnin ini Zuhayr akan mendaftar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra Perdana,” katanya.

Artikel Berkaitan:


Sebelum ini, Sinar Bestari melaporkan akan kelunakan alunan bacaan al-Quran oleh adik Zuhayr yang merupakan anak istimewa menghidap cerebral palsy.

Walaupun mempunyai masalah dalam pertuturan, Zuhayr tetap mampu membaca dan menghafal setiap bait al-Quran yang menjadikan ia sebagai satu kebolehan tidak boleh disiakan.

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok