Kertas PAI SPM 2022 tular di Twitter, calon terkejut dengan soalan

AZLEENDA SAHALUDINAZLEENDA SAHALUDIN
23 Feb 2023 02:03pm

Baru sahaja memasuki hari keempat peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula 20 Februari lalu, kini tular pula di media sosial Twitter luahan pelajar berkenaan kesusahan menjawab kertas ujian Pendidikan Islam Malaysia (PAI).

Tinjauan di media sosial itu mendapati kebanyakan pelajar tidak menjangka soalan kertas ujian yang diperoleh baru-baru ini jauh berbeza dengan topik ramalan yang telah dijangkakan kepada mereka.

Tindakan mengeluarkan topik-topik ramalan sebenarnya adalah satu perkara biasa apabila menjelang peperiksaan besar namun ia hanyalah sekadar telahan semata-mata dan tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Walaupun rata-rata pelajar meluahkan rasa kecewa dan hilang harapan untuk cemerlang dalam subjek PAI itu, ramai juga antara mereka yang masih tenang dan sudah mula melakukan persediaan bagi menghadapi ujian subjek seterusnya iaitu Sejarah kertas satu dan dua pada Khamis.

Berikut Sinar Bestari kongsikan antara luahan komen yang dimuat naik pelajar SPM 2022.

No Image Caption



No Image Caption



No Image Caption

Artikel Berkaitan:

hnndrh: Dalam banyak-banyak topik yang saya ulang kaji malam tadi dan soalan yang ditanya adalah umur unta dengan lembu

saundryaa: Pelajar SPM 2022 hafal 20 bab subjek Sejarah dalam satu hari dan mula tidak percaya terhadap mana-mana soalan ramalan lagi.

qiesotfspot: Saya jangka soalan Sunnatullah pada soalan pertama tapi sebenarnya soalan berkaitan dakwah yang ditanya.

husna679412272: Apa nak jadi esok, jadilah. Untuk Sejarah kena lulus juga bagi misi dapatkan sijil.

*********

Kami di Sinar Bestari doakan kejayaan yang cemerlang buat semua pelajar SPM 2022 serta berharap supaya mereka dapat menjawab setiap soalan dengan mudah dan tenang.

Selamat maju jaya!

Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok | WhatsApp